Friday, April 5, 2013

Obat Kuat Jiwa

Alwi Alatas

Belum lama ini saya berbincang dengan beberapa orang rekan di penerbit Galeri Ilmu, di antaranya Wan Zayuhisyam, penulis buku Cikgu, Anak Saya Okay? Perbincangan kami berkenaan dengan iklan buku di internet.

“Bukannya mudah nak tarik audience kepada iklan buku,” kata Wan Zayuhisyam, “lain halnya jika iklan obat kuat, tentu ramai yang tertarik.”

“Kalau macam itu tampilkan saja iklan obat kuat,” kata saya, “saat mereka klik iklan itu, yang muncul adalah buku.”

“Mana boleh seperti itu, nanti orang-orang kecewa karena lain yang diiklankan lain pula isinya.”

“Sebenarnya …,” kata saya lagi, “buku-buku motivasi Islami ini obat kuat juga … ia adalah obat kuat jiwa.”

Yang lain pun tersenyum mendengarnya.

Ini memang gurauan saja. Bukannya betul-betul akan buat iklan semacam itu. Bagaimanapun, hal ini mengandung fakta yang benar. Buku-buku motivasi yang dibuat oleh para penulis tarbiyah rohani, atau dapat juga disebut buku-buku spiritual motivation, memang merupakan obat kuat jiwa. Buku-buku ini boleh memberi kekuatan yang besar pada jiwa. Ia mampu menggetarkan dan memotivasi jiwa; membangkitkan semangat yang lemah; mengubah kesedihan menjadi kegembiraan; menghilangkan keputusasaan dan mengubahnya jadi rasa percaya diri; dan dapat memperkaya jiwa serta mendekatkannya kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Buku-buku itu boleh membuat jiwa manusia ‘tersenyum’ bahagia. Kalau sudah begitu, insya Allah tak akan ada lagi kesusahan yang menimbulkan rasa putus asa. Seperti yang saya tulis di dalam buku Mudahkan, Jangan Susahkan: “Senyuman di jiwa itu mendahului senyuman di wajah. Musibah dan kesusahan berasa segan dan takjub kepada jiwa yang sentiasa tersenyum.”



Masalahnya, berapa banyak orang yang menganggap penting jiwanya serta apa yang ada di dalam dadanya, dibandingkan mereka yang mementingkan apa yang beberapa centimeter berada di bawah dadanya?

Kalau yang dijual obat kuat lelaki mungkin banyak yang mahu membelinya dan sanggup membayar mahal, karena ia adalah simbol kejantanan dan kegagahan. Tapi berapa banyak yang mahu membayar untuk kekuatan jiwanya? Berapa uang yang sanggup dikeluarkan untuk membeli buku-buku tarbiyah rohani yang merupakan obat kuat jiwa, bukan hanya bagi kaum lelaki tetapi juga bagi kaum perempuan dari pelbagai usia?

Kalau seorang lelaki merasa terganggu dalam hal kegagahan yang satu itu, ia tentu menjadi sangat gelisah dan sanggup mengeluarkan banyak uang untuk mengembalikan kekuatannya. Tapi kalau yang hilang adalah kegagahan dan kekuatan jiwa, siapa yang peduli? Banyak yang tak mau pening memikirkannya. Yang lain semuanya penting, tapi jiwa tak begitu dianggap penting. Padahal sebenarnya jiwa itulah yang paling tinggi nilainya dan paling mahal harganya.

Jangan hanya kuatkan badan dan hal-hal fizikal lainnya. Kuatkanlah jiwa. Carilah obat kuat jiwa. Hadiri majelis zikir dan majelis ilmu. Perbanyak ibadah dan membaca al-Qur’an. Beli dan baca buku-buku Islami. Tak banyak uang yang perlu dikeluarkan untuk itu. Tapi manfaatnya insya Allah berlipat-lipat lebih tinggi dibandingkan uang yang dikeluarkan.

Para pembaca sekalian, jiwa kita terlalu tinggi nilainya. Hargailah ia dengan sebaik-baiknya. Insya Allah hal itu akan membuat kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati di kemudian hari.

Kuala Lumpur
23 Jumadil Awwal 1434/ 4 April 2013

Friday, March 29, 2013

Mudahkan Jangan Susahkan

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..

Hingga saat nie BB1M aku dah pun berjaya aku habiskan. Akhirnya. Tapi nilai rm250 tu tak memadai bagi aku pun. I need more. Huhu.. Banyak lagi buku2 yang aku nak tapi tak dapat beli.



Dua biji buku dan satu pensil picit untuk mencukupkan baucer RM50. Yang nie aku beli dekat Popular. Buku lawak kampus tu bukan untuk aku, tapi adik lelaki aku yang tergedixx nak buku tu. Harganya tersangatlah mahal RM29.90. Tak de diskaun plak tu biarpun aku ada kat Popular. Buku "mudahkan jangan susahkan" tersangat lah best. Banyak kisah2 yang boleh dijadikan rujukan. So lepas nie aku memang tak akan susahkan dalam menyiapkan tesis aku. Tak nak stress dah. Nak siapkan reaction cepat-cepat. Lepas dah hantar aku nak balik rumah, tolong mama dan papa plak. Kesian mereka semenjak kakak aku berhijrah ke Kuala Lumpur nie banyak kerja@tugas sedikit tergendala.

RM100 untuk Mama

p/s ~ aku berjanji pada diri akan habiskan Master semester ini juga.

http://nothingzorro.blogspot.com/2013/03/mudahkan-jangan-susahkan.html

Tuesday, January 22, 2013

Countdown !

Assalamualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh !


Hai readers ! I'm back !


Ehh ehh jadual belum free lagi. Masih busy dengan Alam Pekerjaan walaupun sudah tiada kerja. Yaaa memang sudah tiada kerja ! Bosan dan rasa buang masa berada di Office tu, lebih baik lepak dirumah kan kan kan -___________-

Tapi tak apa, dengar kata Ibu Bapa kita, jangan melawan ! So sedang menghitung hari yang teramat rasa lambat berjalan. Hmmmmmmm sangat lambat, maybe sebab tak ada kerja dah tu yang rasa lambat je masa tu berjalan.

So, untuk mengisi masa lapang syera bawa buku dan baca ! buku apa ?




Yaa buku ini !


Mudahkan Jangan Susahkan - Syed Alwi Alatas


Sangat menarik buku ini. Banyak yang kita dapat dalam buku ini. Ada lagi buku yang belum dibaca. Semua buku motivasi bukan buku Cinta taw heeeeeeeeee :)

So, semoga hari-hari akan datang berada di Office tidak lah sesuram dan se-tertekan. AMIN!

http://syerakhalid.blogspot.com/

Thursday, January 10, 2013

Buku Mudahkan dan pembaca non-Muslim

Saat berbincang dengan teman-teman di Galeri Ilmu, ada yang bagi maklumat tentang buku ‘Mudahkan, Jangan Susahkan’. Khabarnya buku ini bukan hanya dibeli oleh pembaca Muslim, tetapi ada juga selain Muslim yang membelinya, walaupun tak ramai. Rupanya buku ‘Mudahkan’ diminati dan boleh diterima oleh ramai pembaca.

Beberapa waktu lepas saya juga menerima sebuah comment dari seorang pembaca buku ini di Malaysia. Ia mengatakan, “Muhasabah diri saya sendiri apabila saya membaca salah satu cerita dalam buku tersebut, tersentuh hati dan hampir menitiskan airmata.” Ketika saya tengok profile-nya, ternyata ia beragama Kristian.

‘Mudahkan, Jangan Susahkan’ memang ditulis berdasarkan pengalaman ramai orang dan sebahagian besarnya bersifat umum, boleh dibaca oleh pembaca dari bermacam latar belakang.

Alhamdulillah masih ramai yang mencari dan membelinya. Ia termasuk dalam list buku-buku best seller MPH bookstore di Midvalley KL, tarikh 5 Januari 2013 (http://www.nst.com.my/life-times/live/well-lit-best-sellers-1.196086). Semoga menjadi buku yang selalu memberi kemudahan dan manfaat kepada ramai pembaca.

Monday, December 3, 2012

RaInBoW warna warni seperti diriku

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh..

sihat?
saya doakan sahabat semua sihat selalu, agar kite terus dapat beribadah kepada Allah, dapat menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah atas nikmat sihat ini.. walaupun kite diserang dengan pelbagai sakit, positif n optimis atas segala ujian Allah, insya Allah, Allah akan mudahkan segalanya..
Amiin..

RAINBOW!!
sy mmg minat sgt dengan rainbow, pelangi..
knp?
sbb ianya warna warni..
bg sy ianya menunjukkan satu warna yang ceria..
rainbow kan muncul selepas hujan, jdnye ia seperti mmbawa satu suasana yg ceria dan bile org pandai rainbow, pasti die akan rase seri=onok, setakat ni xjumpe lagi la yang muram :)
cantikkan ciptaan Allah..
jangan lupe sebut Subhanallah.. itu tandanya kita kagum ngan ciptaan Allah..
yA!!
sy mmg seorang yg sgt ceria..
jarang kawan2 sy nampak sy bersedih @ nangis @ muram..
itu mmg sifat sy..
teringat masa zaman sekolah dulu , dulu sy sekolah kat sekolah agama menengah tinggi sultansalahuddin abdul aziz shah, panjang x? pendeknya sek bt 38, oh ye, kat sekolah dulu, mmg ramai cikgu yang kenal ngan sy sebab bukannya sy seorang pengawas yg berdedikasi, seorang yg berdisiplin, tp sy seorang yg ceria dan banyak cakap..
cikgu atikah selalu tegur sy yang saya ni bising, dan die akan cakap
" baizura akan senyap bile die sakit je"
hehe..
betul tu cikgu..
bukan cikgu tika sorang je yang ckap camtu, tapi kawan baik sy pun ckap camtu gak..
athirah ibrahim..
die ulang ayat tu semalam mase kami semua baraan..
paling sy ingat mase form 5, die cakap yang die teringin tengok saya nangis..
walaupun sy ni anak bongsu, tp manja sy xnampak sgt, ramai yang akan cakap sy ni anak sulong or anak yang ketiga n bukan anak bongsu, mungkin sy sorokkan sifat manja sy kot..
hehehe..
tapi sblom sy berpisah dengan tira mase form 6, sy sempat tunaikan hajat dei tuk tgk sy nangis, sangat malu mse tu..
tira, ko ingat x ak nangis time ko nk g matrik..?
ko tau x knp ak nangis?
1- sbb ak kene pisah ngan ko, mse form 6 tu ak xda kawan yg stu kepale ngan ko, ko sellau nasihat kan ak..
2-ak xdapat nk g mne2 walaupun ramai yg puji ak yg ak ni pandai la, result bagus la, mcm2 lagi la, ak sidh time tu, ak rse fed up sgt nk blaja
3- ak kan demam time tu sbb ak bru balik dr kursus kepimpinan, dah tu kene gigit lipan plak tu..
4- sbb ustaz ismail cakap ak da xda kawan nk bergurau, nk kerjakan ko
5- sbb yang btol2 ak trkilan ko nk g matrik, tp xbgtau ak, ko xcakap ngan ak pape pn
tp hadiah ko tu ak masih simpan ag tau..
rase selama 6 tahun kat sekolah situ, tu je la kot sy nangis..

citer pasal rainbow ag..
baru2 ni sy ada habiskan stu buku, tajuknya mudahkan jangan susahkan penulis syed Alwi al-attas dr indonesia bekas pelajar UIA..
penulisannya mudah difahami walaupun dr negara yang berlainan, dan ianye banyak beri pengajaran kepada pembaca..
paling sy ingat, kisah tntg seorang wanita n seorang pakcik yang accident dan wanita tersebut menjangkakan yang pakcik tu akan menuntut gantu rugi, tp tidak sebaliknya die suruh doakan agar die masuk Syurga..
seronok x kalau Allah temukan kita dengan orang baik macam ni..?
sejak tu, sy selalu ingatkan diri agar ikhlaskan hati, dan mintak org doakan syurga atau kita yang doakan org tu Syurga Allah...
tp sy tertarik ngan buku ni sebab covernya ada gula2 rainbow..
ni la bukunya.. cuba tengok lolipop tu.. bile terpandang buku ni sy rase cam ceria dan seronok sangat..


pernah tak tgk lolipop besar camni?
candy lolipop or jumbo lolipop..
sy n family sgt suka makan candy lolipop besar camni..
besenye kami akan beli dekat LCCT or kat petronas,..
makan ramai2, gigit sikit2...
lama2 dah habis da..
tapi sekarang da jarang makan da sebab ada anak buah kecik lagi..


lagi satu, pernah tgk x cter lisa surihani, pap i love you?
lisa kan jual lolipop ni n jambu kat dpan sekolah mia..
die hias gerai comel die tu, mmg sgt la comel..
teringin jugak nak bukak kedai camtu..
tp tggu parent jd org kaye kot, keje tuk penuhi minat je..
hehe..

sbb tu la sy letak background blog ni rainbow, bia nampak ceria sikit..
kalau sy sedih or moody, bleh la ceriakan hati sy,..
:)

http://norbaizurabdullah.blogspot.com/2012/08/rainbow-warna-warni-seperti-diriku.html

Tukar Bidang??

Assalammualaikum...

Mukadimah

Lately ni, aku asek terfikir tujuan hidup aku je. Especially dalam kerjaya ni. Dah macam2 buku aku selak dan baca....tanya orang tu..tanya orang ni....baca blog tu...baca blog ni...macam-macam la aku wat semata-mata nak cari matlamat karier dan tujuan hidup aku ni.

Alhamdulillah, da nak dekat setahun aku bekerja. Bekerja dalam bidang yang aku belajar masa kat universiti selama 3-4 tahun. Bekerja dalam bidang yang membuatkan aku menggenggam segulung ijazah. Bekerja dalam bidang yang membuatkan family aku bangga dengan aku.

Tapi adakah aku gembira?
Adakah aku semakin bersemangat?
Adakah aku mampu nak pergi lebih jauh lagi dalam bidang ni?

Soalan2 ni yang selalu bermain dalam fikiran aku sekarang. Bila da keje ni, baru la aku nampak kemampuan aku ni setakat mana. Rasanya aku memang tak mampu nak pergi jauh dalam bidang ni. Jiwa aku makin lama makin tawar. Level semangat aku semakin hari semakin down. Tanda-tanda ni menunjukkan bahawasanya bidang ni memang tak sesuai dengan diri aku.

Kenapa nak tukar bidang?

Banyak lagi faktor2 yang aku rasa aku takleh pegi jauh.

1) Bukan minat sejak dari kecik

Masa kecik-kecik, aku ade macam2 impian. Nak jadi cikgu la, nak jadi doktor la, nak jadi pelukis la. Bila da meningkat dewasa ni, cita-cita aku sentiasa berubah. Kejap2 nak jadi designer, kejap2 nak jadi tu, kejap2 nak jadi ni. Tak pernah pun terlintas dalam fikiran aku nak jadi orang dalam construction industry. Yang kekalnye sampai skang ialah pelukis!

2) Suara orang lain...bukan suara hati sendiri

Aku masuk dalam bidang ni pun sebab dari saranan parents aku. Masuk universiti pun dari saranan dorang gak. Actually lepas SPM, aku teringin nak amek kos Art & Design kat UiTM. Tapi parents aku galakkan aku amek sijil Alam Bina dan boleh terus lompat ke degree (tuk jimatkan masa). Kat UM je la yang ada program macam tu. Lagipun da rezki aku dapat masuk sana, bukan senang tau nak dapat masuk UM, so aku ikut je lah demi nak menjaga hati kedua ibu bapa aku..

3) Formality

Aku dulu penah terbaca, orang seni ni memang tak suka formality. Dorang sukakan kebebasan. Tak suka terikat dengan mana2 peraturan. Especially dalam segi PAKAIAN. Aku pun macam tu gak, agak tak suka dengan pakaian2 formal ni. Aku lebih suka pakai seluar, t-shirt biasa dan sneakers. Agak tak selesa kalo pakai baju kurung sepanjang masa, pakai seluar slack, pakai heels...erghhh....so dalam bidang ni memang sangat penting untuk menjaga pemakaian dan penampilan diri. Dah la aku ni jenis tak pandai nak bergaya sakan. Huk2

4) Takde perasaan

Memang pun...aku memang takde perasaan cinta, sayang dan bahagia pun ngan bidang aku skang ni. Tak la benci pun, just takde perasaan. Pakse la camne pun, aku still takleh gak. Bayangkan la kita kena paksa mencintai orang yang kita takde perasaan. Tak jalan jugak. Same la macam kes aku ni. Bila kita dah tak suka, buat la macam mana pun, kita akan tetap tak suka. Nak kasi suka pun mungkin boleh, tapi makan masa lama sket la...huhuh

5) Ilmu yang tak diamalkan

Baru-baru ni aku ade bace buku dari penulis Indonesia "Mudahkan..Jangan Susahkan" oleh Syed Alwi Al-Atas. Dia kata bila kita ada ilmu tapi tak amalkan, ilmu tu akan jadi suatu BEBANAN tuk kita. Macam aku ni la..belajar 3-4 taon kat U, tapi ilmu yang aku dapat ni jarang aku amalkan. Pastu bila orang suruh buat itu ini....kita cakap "Tak tau" padahal da belajar pun mase kat U. Kemudian, mula la orang persoalkan "Aik? Bukan ke kamu da belajar bidang ni? Tak kan tak tau?".


Bebanan yang dimaksudkan ialah MALU. Malu la sebab da belajar tapi satu hape pun taktau. Itu la yang dinamakan ilmu tanpa amalan.

Ni la merupakan faktor-faktor yang membuatkan aku rasa nak tukar bidang. Plus aku tengok ramai kawan-kawan dan senior-senior aku tuka bidang lepas grad. Ade yang dari bidang perubatan jadi seorang motivator, ade yang dari bidang hartanah jadi seorang cikgu, ade gak yang dari bidang engineering jadi seorang penulis buku.

Nak Jadi Kaya

"Kau jadi la doktor. Gaji besar, boleh beli keta mewah, rumah banglo...bla..bla..bla..."

"Daripada kau jadi cikgu, baik kau jadi Engineer. Gaji engineer pun bole tahan gak..."

Dari dulu sampai skang, orang2 kita asyik mengejar kekayaan dan pangkat hingga terpaksa mengorbankan impian dan cita-cita sendiri. "Impian aku nak jadi penulis buku, tapi orang tak pandang sangat." So, kita terpaksa menurut kata pandangan orang berbanding kata hati kita sendiri. Maka wujudlah orang2 yang berpikiran macam aku ni. Selalu menurut suara orang berbanding suara hati sendiri.

Bagi mereka, nak jadi kaya kena jadi orang pangkat besar. Keje tu biar nampak esklusif, baru la orang pandang. Padahal ade je makcik2 yang jual nasik lemak kat tepi jalan tu jadi kaya-raya hasil dari jualan nasik lemak. So term kaya ni bukan hanya dispesifikkan hanya untuk orang2 yang pangkat besar dan 'nama gah'. Kekayaan tu usaha. Even kita jual tempe dari rumah ke rumah pun da bole jadi kaya jika kuat berusaha. Sape yang rajin menuai, dia la yang dapat hasilnya.

Dulu aku penah plan, bila aku masuk U, aku nak belajar betul2 supaya dapat pointer yang power. Lepas da grad, aku nak cari keja bagus dan gaji besar. Awal2 lagi aku da setkan formula ni dalam otak aku..

MASUK UNIVERSITI = GRAD = KEJA BESAR = GAJI BESAR

Padahal kekayaan tak semestinya diperoleh apabila kita berjaya masuk universiti. Tengok la Bill Gates, takde kelulusan universiti pun bole jadi billionnaire. Apa yang dia ada...MINAT, AZAM DAN USAHA. Nak jadi kaya tak semestinya memerlukan segulung ijazah. Tak semestinya kena masuk universiti.

Fikirkan apa yang Prof Khoo Kay Kim ni cakap:

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."-

Namun ape yang berlaku skang, kebanyakkan dari kita nak masuk U sebab nak buat duit. Sebab nak keje pangkat besar. Sebab nak gaji banyak. Sebab nak dapat keje best. Mereka anggap dengan berjaya masuk U, mereka akan generate lebih banyak income. Mentaliti materialistik dilebihkan daripada mencari ilmu dan mengamalkannya.

"Rugilah...Sayanglah....Sia-sia je la....

Aku tak pernah lekang dari ayat2 macam ni. "Nak tuka bidang? Eh, rugilah da belajar bertahun, last2 nak tuka bidang." "Rugilah..duit da banyak spent nak bayar bidang kau ni...". "Sia-sia je la kau belajar bidang tu bertahun2..last2 nak jadi benda len plak".

Ayat2 ni biasa dilontarkan bagi sesiapa yang ingin mencari kelainan. Lain daripada apa yang biasa kita buat. Rugi? Sia-sia? No ..no...bagi aku KNOWLEDGE IS NEVER A WASTE. Memang bila kita fikir2kan balik, "Kalau la aku memang nak bidang A, sepatutnya dari dulu lagi aku masuk bidang A. Bukannya bidang B!"

Tak salah pun belajar ilmu lain selain dari ilmu yang kita ada ni. Jangan pernah ada rasa menyesal dengan belajar ilmu yang kita tak suka. Belajarlah... kumpullah sebanyak ilmu yang ada sebab ilmu ni memang takkan pernah habis! Jika kita belajar ilmu A, tak semestinya kita tak boleh belajar ilmu B. Dan bila da belajar ilmu B, tak semestinya kita akan mensia-siakan dan melupakan ilmu A.

Forget About Making Money. Continue in Making What You LOVE

Teringat masa belajar kat Asasi dulu. Masa tu lecturer bagi asaimen buat animation. Punye la suke gile aku dapat asaimen tu. Dalam ramai2 kawan aku, aku sorang je yang suka wat asaimen ni. Masa buat tu memang tak tido, penat, kelaparan, stress...tapi sume tu tak mematahkan semangat aku untuk buat yang terbaik. Sehinggakan ramai member2 aku serbu bilik mintak tolong aku watkan animation dorang. Walaupun jenuh, tapi aku suka. Dan alhamdulillah, aku dapat A tuk subjek tu. Walaupun happy dapat gred A, tapi sebenarnya tu bukan target aku. Ape yang penting, aku mendapat kepuasan dan kegembiraan masa buat animation tu. (sila klik sini tuk tengok animation aku :D)

Adakalanya kita terlalu mementingkan duit sehingga terpaksa mengenetepikan impian dan cita-cita kita. Kita terlalu mengikut pendapat dan arahan orang lain sehingga menenggelamkan suara hati kita sendiri. Kita adalah diri kita. Mereka adalah diri mereka. Hanya diri kita dan Allah je yang faham diri kita camne. Orang lain takleh nak faham situasi kita dan perasaan kita. So ikut kata hati kita sendiri. Jangan seksa diri hanya untuk orang lain. Think about yourself first. Then you will be happy, inshaAllah.. ^_^


Perancangan

InsyaAllah, aku ingat nak amek kursus buat animation kat Les' Copaque selama 6 bulan. Pastu bleh mintak keje kat situ or kat Animonsta. Hopefully menjadi la plan aku ni. huhuhu.

Pastu nak amek kelas buat kek plak. hoho :P

p/s: bile aku baca balik ayat2 dalam post ni, da macam dalam buku motivasi plak. huhu~



SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN...


Posted 3rd November by E.y.n.a

http://journeytojannah89.blogspot.com/2012/11/tukar-bidang.html

Wednesday, September 26, 2012

Kegagalan boleh menjadi manis

Beberapa hari lepas ada seorang yang mengirim pesan pada saya bahawa ia baru saja membeli buku Mudahkan Jangan Susahkan. Beliau sedang bersedih kerana bisnisnya mengalami kerugian dan pening kerana tak boleh mengembalikan uang pinjaman. Saya doakan semoga beliau diberi kemudahan. Saya ceritakan bahawa di dalam buku Mudahkan Jangan Susahkan ada kisah seorang kawan yang juga gagal dalam bisnis. Perusahaannya bankrap. Hutangnya mencecah 7 miliar rupiah, atau setara dengan 2.3 juta ringgit. Ia sempat didatangi debt collector, dilaporkan kepada polis. Walaupun sangat tertekan, ia menghadapi semua itu. Ia tidak lari dari masalah. Kini ia memulai bisnis lagi dari bawah. Dan beberapa bulan lepas saya tengok secara perlahan ia sudah bangkit semula.


Gagal dalam berusaha memang biasa terjadi. Walaupun ianya menimbulkan kesusahan yang besar, janganlah sampai berputus asa. Yang penting kita boleh belajar dari kegagalan yang dialami. Jangan sudah gagal tak belajar apa-apa pula. Rugi dua kali jadinya.

Kegagalan itu memang pahit. Tetapi ia boleh membantu menciptakan rasa manis. Bukankah selepas mengecap rasa pahit, benda-benda lainnya akan terasa lebih manis?

Semoga buku Mudahkan Jangan Susahkan boleh menghibur beliau yang sedang menghadapi kesusahan dan kegagalan bisnis. Semoga selepas ini beliau boleh bangkit semula dan berjaya.