Monday, May 28, 2012

Mudahkan, Jangan Susahkan - Ummisyarni

By Ummisyarni

Baru habis baca buku Mudahkan Jangan Susahkan by Syed Alwi Alatas. Untuk makluman ini lah satu-satunya buku yang aku berjaya habiskan - baca kulit ke kulit. Kira ok la tu untuk orang yang nak-baca-paper-pon-malas macam aku ni.


Beli sebab tertarik dengan tajuk dan ilustrasi kulit yang comelss...

Bila baca memang sesuai dengan aku yang suka berfikir secara kompleks ni. Tapi selepas baca buku ni aku tertanya-tanya bolehkah aku berubah? Berfikir dan bertindak dengan mudah? Sebab selalunya benda mudah tu takkan terlintas dalam fikiran aku. Huhu...

Semoga cerita-cerita dalam buku ni dapat dijadikan inspirasi dan panduan untuk aku berfikir dan bertindak dengan lebih 'mudah'

http://ch0ch01ic.blogspot.com/2012/05/mudahkan-jangan-susahkan.html

Sunday, May 13, 2012

MUDAHKAN JANGAN SUSAHKAN - SYED ALWI ALATAS

Review by: Mina

Assalamualaikum WBT

Manusia sememangnya menyukai akan kemudahan. Jika ada dua pilihan di hadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu masa pilihan yang mereka ada dianggap sukar untuk dilakukan, maka mereka akan mencari jalan mencipta sesuatu yang baru agar aktiviti mereka menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Mereka tidak menyukai kesusahan dan akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.

Buku ini menghidangkan paparan tentang kesusahan dalam hidup dan bagaimana cara untuk menghadapinya. Ia berbicara tentang bagaimana melihat kesusahan dengan pandangan yang mudah serta bagaimana mengubah kesusahan itu agar menjadi kemudahan. Semua orang menyukai kemudahan dan tidak menyukai kesusahan. Tetapi tidak semestinya kesusahan itu dibenci dan membuatkan kita lari daripadanya. Kesusahan merupakan bahagian yang tidak mungkin dipisahkan daripada kehidupan ini. Maka yang perlu kita lakukan adalah kemampuan untuk melihat kesusahan itu secara positif dan kemampuan untuk menghadapinya dengan penuh kesabaran.

Buku ini mengandungi banyak kisah kehidupan manusia yang boleh dijadikan contoh dan perbandingan. Sesusah-susah kehidupan kita, sudah tentu masih ada orang lain yang lebih susah berbanding kita. Terdapat banyak kisah-kisah yang boleh dijadikan iktibar dipaparkan di dalam buku ini. Dalam setiap bab, pasti ada kisah menarik yang dikongsi oleh penulis. Pendek kata, penulis sememangnya menjadikan kisah kehidupan orang lain sebagai intipati penulisan buku ini. Pengalaman dan kisah kehidupan orang lain boleh dijadikan sebagai motivasi dan perbandingan untuk pembaca lebih bersyukur dan tidak mudah berputus asa dengan rahmat Allah swt. Semoga dengan membaca kisah-kisah benar orang lain, pembaca tidak terkurung dalam dunia mereka sendiri dan semoga ianya boleh memberi banyak pengajaran sebagai panduan kepada pembaca.


Pertama kali terpandang tajuk buku ini, hati mula tertarik untuk memiliknya. Setibanya saya di rumah, terus saja saya membedah buku ini kerana mahu mencari apa yang menarik tentang tajuk dan kandungan buku ini. Nampaknya kandungan buku ini sangat menarik kerana penulis telah berjaya menjentik cara berfikir saya. Saya sememangnya tidak gemar jika ada perkara yang mudah tetapi sengaja disusahkan. Sebenarnya di dalam kehidupan seharian kita, banyak berlaku perkara yang sedemikian. Contohnya seperti birokrasi yang berlaku semasa kita berurusan dengan badan-badan tertentu. Urusan yang boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit, akan jadi berlanjutan hinga dua tiga hari untuk diselesaikannya. Mengapa tidak memudahkan saja segala urusan itu daripada terus menarik masa untuk menyusahkan orang lain?. Kadang-kala sikap bertangguh juga sangat memudaratkan orang lain. Marilah kita sama-sama mengoreksi diri agar setiap apa saja tindakan yang kita lakukan di dalam kehidupan ini tidak akan menyusahkan orang lain dan jika kita pernah tersasar dalam menyusahkan orang lain, segeralah kita berubah dan memudahkannya. Semoga apabila kita memudahkan urusan orang lain, Allah swt juga pasti akan memudahkan urusan kita.

Terlalu banyak kisah-kisah menarik yang dipaparkan dalam buku ini. Namun, saya hanya ingin menyentuh tentang dua kisah yang pada pendapat saya sangat hebat. Kisah pertama adalah tentang kisah Malcolm X yang merupakan seorang mubaligh Islam dan tokoh pembela hak asasi manusia yang sangat berpengaruh di Amerika Syarikat. Semenjak kecil Malcolm X telah kehilangan ayah dan ibu. Malcolm X dan 7 adik beradiknya telah dibesarkan di rumah anak-anak yatim dan hidup berasingan. Sangat tragis kisah zaman kecil Malcolm X ini. Kerana tekanan hidup sejak dari kecil Malcolm X akhirnya terjebak dengan pelbagai kegiatan jenayah dan akhirnya dipenjarakan.

Semasa berada di penjara, Malcolm X telah menjalani proses rehabilitasi. Malcolm X banyak membaca selama berada di penjara dan menjadikan buku-buku sebagai guru pembimbingnya Malcolm X juga telah bergabung dengan kumpulan debat penjara. Malcolm X mempunyai bakat yang cemerlang dalam berpidato dan mempengaruhi orang ramai. Keluar dari penjara, Malcolm X terus mendalami ajaran Islam dan menunaikan haji ke Mekah. Setelah dia benar-benar memahami ajaran Islam, Malcolm X pulang ke negara asalnya dan mula berdakwah di sana hinggalah ajal menjemputnya.

Begitulah serba sedikit ringkasan kisah Malcolm X yang turut dimuatkan di dalam buku ini. Jika pembaca ingin membaca kisah Malcolm X dengan terperinci, bolehlah mendapatkan buku ini kerana kisah tentang Malcolm X ini sangat panjang dan menarik untuk dijadikan pengajaran buat kita semua. Kisah kedua yang saya rasa tidak kurang menarik adalah kisah seorang lelaki yang bernama Pahutar.

Pahutar tinggal di sebuah ladang di atas pergunungan yang jauh dari kehidupan moden warga kota. Di kawasan ladang itu, Pahutar membina sebuah rumah kayu untuk dia diami. Rumah kayu itu sangat sederhana besarnya. Di ladang itu, Pahutar telah bercucuk tanam berbagai sayur mayur dan beras. Walaupun Pahutar tinggal di kawasan pergunungan dan jauh dari arus kemodenan, namun Pahutar merupakan seorang lelaki yang sentiasa berfikiran positif dan suka membaca. Di rumah kayu yang sederhana itu terdapat buku-buku dan bahan bacaan yang lainnya. Pahutar banyak membaca dan dia merupakan seorang muslim yang selalu berusaha untuk menjadikan agamanya sebagai rujukan dalam menjalani kehidupan seharian.

Hal ini telah terbukti kerana Pahutar sanggup menolak untuk mendapat jawatan yang sudah hampir menjadi miliknya dengan syarat dia perlu menyediakan wang sogokkan. Hal sogokkan rasuah memang sudah menjadi perkara wajar dan perkara ini sangat berleluasa berlaku di badan-badan kerajaan di Indonesia. Demi untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala rasuah itu, Pahutar telah mengambil keputusan untuk mengasingkan diri dari arus yang tidak baik itu dan berpindah ke daerah lain untuk membina penghidupan yang lebih bermakna mengikut syariat Islam. Walaupun serba kurang dari segi material namun Pahutar kaya dengan ketenangan hati dan dia berpendapat mencari yang halal itu adalah wajib manakala perkara yang haram perlu dihindari kerana yang halal itu tidak akan habis sehingga ke hari kiamat. Yang penting kita wajib mencarinya.

Kisah tentang Pahutar ini agak panjang, namun saya cuba meringkaskannya untuk memudahkan pembaca memahami tentang intipati yang termuat di dalam buku ini. Saya cadangkan kepada pembaca untuk membeli dan membaca sendiri buku ini kerana terlalu banyak kisah-kisah menarik yang telah dikongsi oleh penulis. Kebanyakan kisah-kisah yang dipaparkan berkisar di Indonesia kerana penulis berasal dari sana. Wallahualam.


CARILAH PERKARA DAN MAKLUMAT YANG BERMANFAAT KERANA IA AKAN MENDATANGKAN BANYAK KEMUDAHAN. JANGAN MENCARI-CARI HAL YANG TIDAK PERLU DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KEBAIKAN KERANA IA HANYA AKAN MEMBAWA MASALAH BUAT KITA

http://jomsewabuku.blogspot.com/2012/05/mudahkan-jangan-susahkan-syed-alwi.html

Thursday, May 10, 2012

Sedikit Sebanyak: Mudahkan Jangan Susahkan oleh Syed Alwi Alatas

By: Huda Engku

Mudahkan Jangan Susahkan oleh Syed Alwi Alatas

Secara fizikal, buku ini comel dan kelihatan mudah dengan kulit berwarna putih dihiasi gambar gula-gula lolipop yang berwarna-warni. Saya kira, isinya juga mudah difahami, sesuai dengan tajuk yang diberi.

Ternyata benar telahan saya. Isinya mudah dicerna (sekurang-kurangnya oleh minda saya). Hampir keseluruhan poin yang diberi, pembaca disajikan dengan kisah-kisah yang berinspirasi. Yang paling saya gemar, penulis menyelitkan kisah-kisah sekitar hidup beliau sendiri, mengaitkan perkara yang dialami dengan perkara yang dibincangkan, membuktikan penulis menulis tentang perkara yang realistik, bukan sekadar teori semata-mata.


Buku ini dibahagikan kepada sepuluh bab dan di dalam bab-bab tersebut dinyatakan beberapa keadaan susah yang sebenarnya boleh menjadi perkara mudah. Jika dalam diri kita ada mentaliti susah, pasti kita cuma nampak yang susah-susah sahaja, padahal perkara itu bukanlah susah sangat (atau sebenarnya sangat mudah!).

Di sepanjang pembacaan saya setakat ini, banyak perkara yang saya terkena jadi banyak peluang untuk saya berfikir, dan bermuhasabah.

Kerana mudahnya penyampaian buku ini, banyak yang mampu saya cerna dengan baik walaupun ketika menunggu LRT.

Sungguh. Buku ini bagus dan perlu diulang baca untuk mengingatkan diri supaya bermentaliti mudah.

http://bukudansewaktudengannya.blogspot.com/2012/05/sedikit-sebanyak-mudahkan-jangan.html

Mudah. Jangan Susahkan.

By: Abdur Rahman Al-'Azmi

"Senangkanlah (permudahkanlah) dan jangan susahkan dan berilah khabar gembira dan jangan berikan khabar buruk (membuatkan orang lari daripadamu)." (HR Bukhari & Muslim).

Mudahkan. Jangan Susahkan.

Satu ungkapan yang bersandarkan hadith Baginda S.A.W. Namun, ia tidak semudah itu untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, diriku berkesempatan membaca sebuah lagi buku daripada ribuan buku yang ditulis untuk membantu kita mengharungi dan memahami erti kehidupan. Bukunya berjudul "Mudahkan Jangan Susahkan", keluaran Galeri Ilmu, di bawah tema Tarbiah Rohani. Buku ini ditulis oleh Syed Alwi Alatas, seorang penulis yang telah menulis beberapa buah buku termasuk sebuah buku 'best seller' yang berjudul "Bila Allah Menduga Kita", keluaran Mustread. Beliau berasal daripada Indonesia, namun kini menetap di Malaysia dan sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah dan Tamadun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



Buku berkulit putih ini mengandungi 270 muka surat dan 10 bab; setiap bab mengandungi beberapa sub-topik yang disusun bersesuaian dengan tema setiap bab.
Adakah buku ini menarik dan harus dibaca?

Membaca beberapa helaian pertama dalam buku ini, saya menjangkakan buku ini adalah seperti buku-buku yang pernah saya baca sebelum ini. Kebiasaannya, saya hanya mampu membaca untuk beberapa ketika sahaja, berhenti sebentar kerana kebosanan atau otak sangat berat dalam menghadam isi kandungan buku tersebut, dan barulah boleh menyambung semula bacaan. Kadang-kadang tempoh berhenti itu lama, sehingga memakan masa berminggu-minggu.

Saya merasai kelainan apabila terus membelek helaian buku ini. Ayat yang mudah dan contoh yang pelbagai. Ayat yang mudah menjadikan otak tidak berat untuk menghadam, contoh yang pelbagai menghilangkan rasa bosan apabila membaca.

Buku ini secara umumnya, berkisarkan tentang dua perkataan, susah dan senang dalam kehidupan. Susah dan senang dilihat dari pelbagai sudut dan aspek. Jika senang, bagaimana untuk memanfaatkannya. Jika susah, bagaimana juga untuk memanfaatkannya. Penulis membawakan cerita bagi setiap sub-topik yang disentuh. Di akhir cerita, penulis akan memberi komentar dari sudut pengajaran dan hikmah yang boleh digali dari setiap cerita yang dibawa.

Apa yang membuatkan buku ini sangat menarik adalah dari sudut cerita-cerita yang dibawa. Cerita yang dibawa datangnya dari pelbagai sumber yang menghasilkan perasaan yang berbeza. Adakalanya ketika di tengah-tengah pembacaan, saya rasa amat tersentuh dengan cerita yang dikongsi oleh penulis, adakalanya ceritanya agak lucu, adakalanya diri ini berasa sangat bersyukur atas segala kurniaan-Nya dan adakalanya saya berasa sangat bersemangat. Semuanya kesan dari cerita-cerita yang dibawa oleh penulis yang bersumberkan pengalaman sendiri, pengalaman sahabat dan kenalan penulis, sirah anbiya', sirah Nabi Muhammad S.A.W., kisah sahabat-sahabat Baginda dan para tabi'en, kisah daripada al-Quran dan hadith Nabi S.A.W., dan kisah berinspirasi daripada tokoh-tokoh terdahulu, baik dari dunia Islam mahupun dunia Barat. Kepelbagaian sumber cerita-cerita yang dibawa sebenarnya membawa pembaca kepada fokus yang sama, iaitu mudah, jangan susahkan.

Saya sangat terkesan dengan beberapa kisah yang telah dibawa penulis, antaranya kisah lelaki tua yang menjual Gado-Gado, kisah sahabat Nabi S.A.W. bernama Khabbab b. al-Aratt, kisah dari Surah al-Baqarah, ayat 67-71, pengemis Cak To dan kisah 2 penyair. Kisah Khabbab dan kisah dari surah al-Baqarah adalah antara beberapa kisah yang pernah saya dengar sebelum ini, namun setelah membaca buku ini, ia telah membuka beberapa sudut pandang baru terhadap hikmah 2 peristiwa tersebut.

Buku ini telah membuka minda saya dan memberi sudut pandang yang baru terhadap kehidupan, terutamanya berkaitan dengan susah dan senangnya hidup ini. Buku ini sesuai untuk mereka yang sering diuji dengan kesusahan, sering menikmati kesenangan atau kadang-kadang merasakan diri ini tidak cukup kuat dengan sesetengah ujian yang menimpa. Sesuai untuk dibaca pada semua peringkat umur.

Kita sering terlupa jika berada dalam kesenangan, kita juga sering terlupa bahawa ramai lagi yang susah apabila kita diuji dengan sedikit kesusahan.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja, seraya berkata: "kami telah beriman", sedangakan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui siapa orang-orang yang benar dan mengetahui siapa orang-orang yang dusta" (al-Ankabut;2-3)

Rasullulah S.A.W. pernah berdoa: " Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah, sedangkan yang susah juga dapat Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya" (HR Ibn Hibban).

Mudahkan. Jangan Susahkan.

Semoga mampu menjadikan budaya Iqra' sebagai rutin hidup kita yang utama.

Allahu'alam.


http://abdurrahman-al-azmi.blogspot.com/2012/05/mudah-jangan-susahkan.html

Tuesday, May 8, 2012

Zaaba Talk: Read & Write

By: Huda Engku

I’m at Secret Recipe, waiting for my phone to be fixed at the shop (again!). I feel so out of place without my phone, maybe because I’m so used to writing out thoughts that I’d like to share with others and I usually do that using my phone.

I just got back from Zaaba Talk at House of Zaaba and this time it was about reading and writing. Amin invited Becca, co-founder of ‘Novels for Nepal’ and also Jojo and Aishah (Ucu) of 'Kapasitor'. Becca told us how she started ‘Novels for Nepal’ and what it is about, while Jojo and Aishah briefly shared about ‘Kapasitor’ and the features there.

I think that Becca’s project is wonderful and it reminds me of Baca@Sekolah project where the team set up a library for a school, the latest project done was sometime in March this year. Some of the team members of Baca@Sekolah are writers and they got their fellow writers and also the public to help. Becca’s project is a bit like Baca@Sekolah only hers is done in Nepal.

As for Kapasitor, I am really thankful Jojo and his team keep going with the site or else I won’t be able to ‘show off’ whatever crap I’ve written with those who would appreciate, respect and care enough to comment. Before this I only had the gut to share my poems with my cousin who writes so well. I call him my sifu because he would read and comment whatever that I wrote. So Jojo, DON’T EVER SELL KAPASITOR ESPECIALLY TO THOSE WHO DO NOT HAVE THE PASSION TOWARDS ART AND LITERATURE, THANK YOU VERY MUCH.

They have come up with their own project for the benefit of others and I respect everyone who initiate something good, but then, when is MY turn? It’s not like I have nothing in mind. It’s just that I don’t know where or how to start, especially with my project paper still pending, my mom doesn't seem that keen on what I’m planning to do in the future and I need people to team up with me to make it happen. Sometimes it seems so difficult to make it happen but then from the book ‘Mudahkan, Jangan Susahkan’ by Syed Alwi Alatas, I realized that it is I that made it difficult. I need to start simple and easy and I need throw away that ‘mentaliti susah’.

May Allah make it easier for me.

Ameen.

http://paints-in-life.blogspot.com/

Sunday, May 6, 2012

Ulasan Buku:Mudahkan Jangan Susahkan


Penulis:Syed Alwi Alatas
Terbitan:Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tahun:2012

Review by: Rashidah Razak

Buku ini merupakan buku ketiga Syed Alwi yang saya ladeni selepas Bila Allah Menduga Kita(2010) dan Senyumlah Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu(2011).

Buku ini adalah sebuah karya motivasi Islam yang dipenuhi dengan kisah-kisah benar yang dilalui penulis dan orang terdekat beliau juga kisah tauladan dari sirah,zaman silam dan selainnya.Kesemua kisah tersebut mengandungi tauladan yang tidak terhingga nilainya kerana ia memperingatkan kita tentang kesukaran dan kemudahan.

Ringkasnya saya melihat pengalaman selepas membaca buku ini sangat unik sekali.Ia bagaikan satu sinambungan kepada Senyum.

Buku ini memberi kesedaran supaya kita semua melihat sesuatu perkara itu mudah,walaupun terkadang ada perkara susah dilalui seperti perkara yang baru pertama kali dilakukan,perkara yang tidak suka dilakukan atau perkara yang tidak suka untuk dilakukan atau dilalui jadi, kita perlu belajar meraikan pengalaman-pengalaman baru dalam hidup kita.Lantaran ia akan dapat dilalui dengan lebih mudah.

Sungguhpun demikian,bukan semua perkara boleh kita pandang mudah.Perkara tentang dosa pahala,halal haram bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dipemudahkan-mudahkan.Contoh sudah Allah tetapkan solat Zohor empat rakaat tidak bolehlah kita mudahkan jadi tiga,dua dan sebagainya.Kalaupun menjadi dua rakaat pada keadaan tertentu keadaan yang membolehkan solat qasar.

Ada kalanya,kita mempunya sikap terlalu memikirkan perkara yang belum tentu kita lalui.Terkadang memikirkannya secara berlebihan mendatangkan keburukan kepada kita seperti terlalu risau kalau sakit,kalau rumah dimasuki pencuri,kalau gagal dalam peperiksaaan dan sebagainya sedangkan perkara tersebut belumpun dilalui lagi.Untuk itu kita perlu banyak beristighfar dan menggantungkan tawakal kepada Allah.Lantaran itu kita turut perlu berusaha seperti menjaga kesihatan,mengambil langkah-langkah keselamatan juga berusaha untuk menghadapi peperiksaan berbanding hanya rasa takut tanpa sebarang persediaan atau persiapan.

Sedang kita tidak suka orang menyusahkan kita maka kita juga sama,perlu memudahkan urusan orang lain seperti kita suka orang lain memudahkan urusan kita.Nah!pada detik membaca bahagian ini saya terbayangkan kadang-kadang prosedur yang pelbagai dan karenah birokrasi sangat menyusahkan pelanggan misalnya,namun dari satu sudut yang lain prosedur yang adakala menyusahkan itu ada pula kebaikannya.

Ada masanya dalam kehidupan kita,kita terpaksa melalui kesusahan.Kita perlu lalui kesusahan itu tanpa kompromi.Dalam keadaan-keadaan tertentu Allah menguji kita dengan kesusahan,pasti mereka yang bertabah tidak dipersia-siakan nilai ketabahan mereka itu oleh Allah SWT.Pada saat kita ditimpa sesuatu,mari kita sama-sama tanamkan pertahanan bahawa Allah sedang memilih kita untuk diberi pahala yang berlimpah-ruah.Pada satu ketika yang lain kita diberi dengan kesenangan,bolehkah kita bersyukur?Jadi mungkin ada lebih baiknya kita diuji supaya kita lebih mensyukuri sesuatu yang kita punyai.

Apatah lagi,jika kita bandingkan kesusahan yang kita lalui tidaklah sehebat yang Rasulullah saw lalui.Jika kita difitnah pula,tidaklah sedahsyat fitnah yang dihadapi Nabi Allah Yusuf.Itulah antara cara untuk kita lebih bersyukur tatkala membandingkan kesusahan kita dengan para aulia 'alaihimusolatu wassalam.

Ringkasnya,kesusahan yang Allah berikan pada kita,ternyata bersesuaian dengan kemampuan kita menghadapinya.Yakinlah dengan itu,yakinlah dengan pertolongan Allah.Jika kita pening-peningkan kepalapun,ia tidak mampu mengubah sesuatu yang susah menjadi senang,bahkan mungkin jadi lebih susah lagi.

Amalkan doa supaya Allah tidak menimpakan sesuatu yang diluar kemampuan kita.Dan...cubalah kita renung-renungkan adakalanya kita tidak tersedar kita telah melalui beberapa siri kesedihan dan kedukaan,itulah tanda Allah sedang berkomunikasi dengan kita dan beruntunglah bagi mereka yang mengambil peluang keemasan ini dengan tabah dan redha.

Sebagai penutupnya,mari kita tanamkan dalam diri semangat,aku boleh,dengan bantuan Allah SWT,InsyaAllah semuanya akan jadi senang dan mudah.

http://ulasanbukusrar.blogspot.com/2012/05/ulasan-bukumudahkan-jangan-susahkan.html?spref=fb&fb_source=message

Friday, May 4, 2012

mudahkan jangan susahkan

"mudahkan jangan susahkan"

satu lagi karya terbaru dari Syed Alwi Al-Attas
selepas membaca karya beliau 'Senyumlah walau apa jua masalahmu ia pasti akan berlalu' saya terus tercari-cari karya yang berkualiti sebegitu dan Alhamdulillah dengan berkat dan keizinan Allah SWT, dapat jugak saya memiliki buku 'mudahkan jangan susahkan'.

melalui huraian kisah-kisah teladan masyarakat setempat(masyarakat Indonesia), insyAllah dapat kita mengambil iktibar dan mendapat teladan daripadanya.

antara kisah yang menarik yang ingin dikongsi bersama adalah mengenai kisah seorang juara. beliau adalah lagenda tenis dunia, Arthur Ashe(1943-1993) yang tiba-tiba disahkan menghidap HIV dan seterusnya AIDS. semasa mendapat penyakit tersebut,beliau tabah menghadapi sisa-sia hidupnya dan membantu golongan yang menghidap penyakit ini dengan menubuhkan institusi menggunakan namanya, Arthur Ashe Institute for Urban Health. semasa beliau terlantar sakit di hospital, salah seorang peminatnya bertanya mengapa takdir memilihnya untuk penyakit tersebut. maka jawab beliau
"If I were to say, 'God,why me?' about the bad things, then I should have said, 'God,why me?' about the good things that happened to me in my life."


otak betoi~GREAT !

http://dyahdfly.blogspot.com/2012/04/mudahkan-jangan-susahkan.html

Wednesday, May 2, 2012

Booth Galeri Ilmu PWTC

Program perjumpaan dengan penulis di booth Galeri Ilmu pada hari Selasa, 1 Mei 2012, pk. 14.00-17.00. Alhamdulillah pengunjung sangat ramai dan sangat antusias membeli buku.




Bersama Ust. Zakaria dari galeri ilmu dan Tuan Wan Zayuhisyam, penulis buku 'Suami yang Teruji'.




Bersama Dr. Farhan, suami kepada Ustazah Fatimah Syarha, dan penulis novelet 'Cinta High Class'.




Berbincang bersama Tuan Wan Zayuhisyam dan Ust. Muhadir.

Tuesday, May 1, 2012

Permudahkan Jangan menyukarkan

Posted by zualliz on April 21, 2012

Aku sedang terfikir trademark @ motto blog ni. Bila aku fikir secara mendalam, satu prinsip mudah yang selalu aku pegang dan amalkan dalam hidup; Permudahkan.

Bahkan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, yang bermaksud; Permudahkan. Jangan menyukarkan.. (hingga ke akhir hadis).

Kemudahan dalam kehidupan

Setiap manusia inginkan yang mudah. Malah, jika terpaksa memilih antara 2 perkara yang perlu dilakukan, pasti dia akan memilih yang lebih mudah antara keduanya. Tiada sesiapa pun yang mahu melakukan sesuatu perkara yang sukar.

Malangnya, lebih ramai yang mahu kerja yang mudah tapi tak kisah dan tak ambil peduli jika kemudahan yang dipilihnya menyukar dan menyulitkan orang lain. Dia mahu kerjanya jadi mudah, biarpun kerja orang lain menjadi sukar.

Antara kerja yang boleh dipermudahkan ialah dalam memohon sesuatu sumbangan, kerja atau sesuatu yang lain dan perlu melalui kerenah birokrasi. Sesuatu permohonan kadang kala memakan masa yang lama, hanya untuk memohon kelulusan orang atasan. Kemudian perlu melalui proses lain untuk memberikan sesuatu yang dipohon.

Cerita paling popular ialah permohonan sedikit sumbangan dari pertubuhan untuk muallaf (saudara baru). Perlu melalui banyak proses, kerenah dan masa yang panjang hingga membuatkan pemohon terus berputus asa. Disebabkan tu juga, banyak muallaf berpatah balik kepada agama lama.

Teringat aku kepada satu artikel dalam sebuah majalah, berkaitan solat Subuh. Si penulis berhenti di sebuah tempat untuk menunaikan solat Subuh, namun surau yang ada hanya dapat memuatkan sedikit orang. Melambatkan lagi apabila si imam tadi berwirid biasa (wirid Subuh yang panjang). Orang yang menunggu di luar berteriak, “Baca wirid pendek-pendek dah la…”.

Apabila habis wirid dan doa, imam tadi berkata kepada si penulis (ketika di luar surau), “Orang zaman sekarang nak semua cepat je.”.

Bila aku baca kisah sebegini, yang bermasalah sebenarnya ialah si imam. Imam sepatutnya hanya membaca wirid yang ringkas atau terus membaca doa selepas solat. Memang disunatkan membaca wirid selepas solat tetapi perlu tengok keadaan juga. Jika terlalu ramai yang menunggu, lakukan yang asas dan paling ringkas. Ia juga menjimatkan masa orang lain.

Ooppsss, bermasalah tu maksudnya (bagi aku) ialah salah kefahaman. Besar bezanya maksud cepat dan mudah. Jika sesuatu kerja boleh dipermudahkan (bergantung kepada keadaan), lakukan yang mudah. Cepat selalunya tergesa-gesa dan kelam-kabut.

Kisah pasal solat ni, aku sendiri pernah mengalami keadaan yang hampir sama. Aku dan kawan aku (3 orang) pergi ke sebuah kompleks membeli-belah.

Apabila tibanya waktu solat, seorang kawan aku menjadi imam. Lepas solat, dia berwirid seperti biasa. Dia berwirid seperti semasa di rumah.

Yang lebih penting pada masa tersebut, tunaikan solat dalam waktunya. Namun perlu juga diberikan keutamaan untuk orang lain menunaikan solat kerana saiz surau yang kecil. Jika terlalu lama berwirid, ia akan membuatkan orang lain menunggu dan membuang masa.

Kenapa aku bercerita semua ini?

Oh ya, aku sendiri pun baru membeli sebuah buku bertajuk ‘Mudahkan. Jangan susahkan’. Semacam mengena dengan motto blog ni.. Beli pula dengan menggunakan Baucar Buku 1 Malaysia.




Aku bercerita semua ni supaya sesiapa pun berusaha mempermudahkan kerja yang boleh dipermudahkan. Jangan menyukarkan atau menyulitkan. Kecuali jika ia adalah tuntutan agama dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi mengikut criteria yang ditetapkan.

Jika ia hanya ciptaan manusia dan kita berkuasa mengubahnya menjadi lebih mudah, permudahkan. Jangan menyukarkan.

http://zuhairzainol.com/?p=70