Wednesday, September 26, 2012

Kegagalan boleh menjadi manis

Beberapa hari lepas ada seorang yang mengirim pesan pada saya bahawa ia baru saja membeli buku Mudahkan Jangan Susahkan. Beliau sedang bersedih kerana bisnisnya mengalami kerugian dan pening kerana tak boleh mengembalikan uang pinjaman. Saya doakan semoga beliau diberi kemudahan. Saya ceritakan bahawa di dalam buku Mudahkan Jangan Susahkan ada kisah seorang kawan yang juga gagal dalam bisnis. Perusahaannya bankrap. Hutangnya mencecah 7 miliar rupiah, atau setara dengan 2.3 juta ringgit. Ia sempat didatangi debt collector, dilaporkan kepada polis. Walaupun sangat tertekan, ia menghadapi semua itu. Ia tidak lari dari masalah. Kini ia memulai bisnis lagi dari bawah. Dan beberapa bulan lepas saya tengok secara perlahan ia sudah bangkit semula.


Gagal dalam berusaha memang biasa terjadi. Walaupun ianya menimbulkan kesusahan yang besar, janganlah sampai berputus asa. Yang penting kita boleh belajar dari kegagalan yang dialami. Jangan sudah gagal tak belajar apa-apa pula. Rugi dua kali jadinya.

Kegagalan itu memang pahit. Tetapi ia boleh membantu menciptakan rasa manis. Bukankah selepas mengecap rasa pahit, benda-benda lainnya akan terasa lebih manis?

Semoga buku Mudahkan Jangan Susahkan boleh menghibur beliau yang sedang menghadapi kesusahan dan kegagalan bisnis. Semoga selepas ini beliau boleh bangkit semula dan berjaya.

No comments:

Post a Comment