Monday, December 3, 2012

RaInBoW warna warni seperti diriku

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh..

sihat?
saya doakan sahabat semua sihat selalu, agar kite terus dapat beribadah kepada Allah, dapat menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah atas nikmat sihat ini.. walaupun kite diserang dengan pelbagai sakit, positif n optimis atas segala ujian Allah, insya Allah, Allah akan mudahkan segalanya..
Amiin..

RAINBOW!!
sy mmg minat sgt dengan rainbow, pelangi..
knp?
sbb ianya warna warni..
bg sy ianya menunjukkan satu warna yang ceria..
rainbow kan muncul selepas hujan, jdnye ia seperti mmbawa satu suasana yg ceria dan bile org pandai rainbow, pasti die akan rase seri=onok, setakat ni xjumpe lagi la yang muram :)
cantikkan ciptaan Allah..
jangan lupe sebut Subhanallah.. itu tandanya kita kagum ngan ciptaan Allah..
yA!!
sy mmg seorang yg sgt ceria..
jarang kawan2 sy nampak sy bersedih @ nangis @ muram..
itu mmg sifat sy..
teringat masa zaman sekolah dulu , dulu sy sekolah kat sekolah agama menengah tinggi sultansalahuddin abdul aziz shah, panjang x? pendeknya sek bt 38, oh ye, kat sekolah dulu, mmg ramai cikgu yang kenal ngan sy sebab bukannya sy seorang pengawas yg berdedikasi, seorang yg berdisiplin, tp sy seorang yg ceria dan banyak cakap..
cikgu atikah selalu tegur sy yang saya ni bising, dan die akan cakap
" baizura akan senyap bile die sakit je"
hehe..
betul tu cikgu..
bukan cikgu tika sorang je yang ckap camtu, tapi kawan baik sy pun ckap camtu gak..
athirah ibrahim..
die ulang ayat tu semalam mase kami semua baraan..
paling sy ingat mase form 5, die cakap yang die teringin tengok saya nangis..
walaupun sy ni anak bongsu, tp manja sy xnampak sgt, ramai yang akan cakap sy ni anak sulong or anak yang ketiga n bukan anak bongsu, mungkin sy sorokkan sifat manja sy kot..
hehehe..
tapi sblom sy berpisah dengan tira mase form 6, sy sempat tunaikan hajat dei tuk tgk sy nangis, sangat malu mse tu..
tira, ko ingat x ak nangis time ko nk g matrik..?
ko tau x knp ak nangis?
1- sbb ak kene pisah ngan ko, mse form 6 tu ak xda kawan yg stu kepale ngan ko, ko sellau nasihat kan ak..
2-ak xdapat nk g mne2 walaupun ramai yg puji ak yg ak ni pandai la, result bagus la, mcm2 lagi la, ak sidh time tu, ak rse fed up sgt nk blaja
3- ak kan demam time tu sbb ak bru balik dr kursus kepimpinan, dah tu kene gigit lipan plak tu..
4- sbb ustaz ismail cakap ak da xda kawan nk bergurau, nk kerjakan ko
5- sbb yang btol2 ak trkilan ko nk g matrik, tp xbgtau ak, ko xcakap ngan ak pape pn
tp hadiah ko tu ak masih simpan ag tau..
rase selama 6 tahun kat sekolah situ, tu je la kot sy nangis..

citer pasal rainbow ag..
baru2 ni sy ada habiskan stu buku, tajuknya mudahkan jangan susahkan penulis syed Alwi al-attas dr indonesia bekas pelajar UIA..
penulisannya mudah difahami walaupun dr negara yang berlainan, dan ianye banyak beri pengajaran kepada pembaca..
paling sy ingat, kisah tntg seorang wanita n seorang pakcik yang accident dan wanita tersebut menjangkakan yang pakcik tu akan menuntut gantu rugi, tp tidak sebaliknya die suruh doakan agar die masuk Syurga..
seronok x kalau Allah temukan kita dengan orang baik macam ni..?
sejak tu, sy selalu ingatkan diri agar ikhlaskan hati, dan mintak org doakan syurga atau kita yang doakan org tu Syurga Allah...
tp sy tertarik ngan buku ni sebab covernya ada gula2 rainbow..
ni la bukunya.. cuba tengok lolipop tu.. bile terpandang buku ni sy rase cam ceria dan seronok sangat..


pernah tak tgk lolipop besar camni?
candy lolipop or jumbo lolipop..
sy n family sgt suka makan candy lolipop besar camni..
besenye kami akan beli dekat LCCT or kat petronas,..
makan ramai2, gigit sikit2...
lama2 dah habis da..
tapi sekarang da jarang makan da sebab ada anak buah kecik lagi..


lagi satu, pernah tgk x cter lisa surihani, pap i love you?
lisa kan jual lolipop ni n jambu kat dpan sekolah mia..
die hias gerai comel die tu, mmg sgt la comel..
teringin jugak nak bukak kedai camtu..
tp tggu parent jd org kaye kot, keje tuk penuhi minat je..
hehe..

sbb tu la sy letak background blog ni rainbow, bia nampak ceria sikit..
kalau sy sedih or moody, bleh la ceriakan hati sy,..
:)

http://norbaizurabdullah.blogspot.com/2012/08/rainbow-warna-warni-seperti-diriku.html

Tukar Bidang??

Assalammualaikum...

Mukadimah

Lately ni, aku asek terfikir tujuan hidup aku je. Especially dalam kerjaya ni. Dah macam2 buku aku selak dan baca....tanya orang tu..tanya orang ni....baca blog tu...baca blog ni...macam-macam la aku wat semata-mata nak cari matlamat karier dan tujuan hidup aku ni.

Alhamdulillah, da nak dekat setahun aku bekerja. Bekerja dalam bidang yang aku belajar masa kat universiti selama 3-4 tahun. Bekerja dalam bidang yang membuatkan aku menggenggam segulung ijazah. Bekerja dalam bidang yang membuatkan family aku bangga dengan aku.

Tapi adakah aku gembira?
Adakah aku semakin bersemangat?
Adakah aku mampu nak pergi lebih jauh lagi dalam bidang ni?

Soalan2 ni yang selalu bermain dalam fikiran aku sekarang. Bila da keje ni, baru la aku nampak kemampuan aku ni setakat mana. Rasanya aku memang tak mampu nak pergi jauh dalam bidang ni. Jiwa aku makin lama makin tawar. Level semangat aku semakin hari semakin down. Tanda-tanda ni menunjukkan bahawasanya bidang ni memang tak sesuai dengan diri aku.

Kenapa nak tukar bidang?

Banyak lagi faktor2 yang aku rasa aku takleh pegi jauh.

1) Bukan minat sejak dari kecik

Masa kecik-kecik, aku ade macam2 impian. Nak jadi cikgu la, nak jadi doktor la, nak jadi pelukis la. Bila da meningkat dewasa ni, cita-cita aku sentiasa berubah. Kejap2 nak jadi designer, kejap2 nak jadi tu, kejap2 nak jadi ni. Tak pernah pun terlintas dalam fikiran aku nak jadi orang dalam construction industry. Yang kekalnye sampai skang ialah pelukis!

2) Suara orang lain...bukan suara hati sendiri

Aku masuk dalam bidang ni pun sebab dari saranan parents aku. Masuk universiti pun dari saranan dorang gak. Actually lepas SPM, aku teringin nak amek kos Art & Design kat UiTM. Tapi parents aku galakkan aku amek sijil Alam Bina dan boleh terus lompat ke degree (tuk jimatkan masa). Kat UM je la yang ada program macam tu. Lagipun da rezki aku dapat masuk sana, bukan senang tau nak dapat masuk UM, so aku ikut je lah demi nak menjaga hati kedua ibu bapa aku..

3) Formality

Aku dulu penah terbaca, orang seni ni memang tak suka formality. Dorang sukakan kebebasan. Tak suka terikat dengan mana2 peraturan. Especially dalam segi PAKAIAN. Aku pun macam tu gak, agak tak suka dengan pakaian2 formal ni. Aku lebih suka pakai seluar, t-shirt biasa dan sneakers. Agak tak selesa kalo pakai baju kurung sepanjang masa, pakai seluar slack, pakai heels...erghhh....so dalam bidang ni memang sangat penting untuk menjaga pemakaian dan penampilan diri. Dah la aku ni jenis tak pandai nak bergaya sakan. Huk2

4) Takde perasaan

Memang pun...aku memang takde perasaan cinta, sayang dan bahagia pun ngan bidang aku skang ni. Tak la benci pun, just takde perasaan. Pakse la camne pun, aku still takleh gak. Bayangkan la kita kena paksa mencintai orang yang kita takde perasaan. Tak jalan jugak. Same la macam kes aku ni. Bila kita dah tak suka, buat la macam mana pun, kita akan tetap tak suka. Nak kasi suka pun mungkin boleh, tapi makan masa lama sket la...huhuh

5) Ilmu yang tak diamalkan

Baru-baru ni aku ade bace buku dari penulis Indonesia "Mudahkan..Jangan Susahkan" oleh Syed Alwi Al-Atas. Dia kata bila kita ada ilmu tapi tak amalkan, ilmu tu akan jadi suatu BEBANAN tuk kita. Macam aku ni la..belajar 3-4 taon kat U, tapi ilmu yang aku dapat ni jarang aku amalkan. Pastu bila orang suruh buat itu ini....kita cakap "Tak tau" padahal da belajar pun mase kat U. Kemudian, mula la orang persoalkan "Aik? Bukan ke kamu da belajar bidang ni? Tak kan tak tau?".


Bebanan yang dimaksudkan ialah MALU. Malu la sebab da belajar tapi satu hape pun taktau. Itu la yang dinamakan ilmu tanpa amalan.

Ni la merupakan faktor-faktor yang membuatkan aku rasa nak tukar bidang. Plus aku tengok ramai kawan-kawan dan senior-senior aku tuka bidang lepas grad. Ade yang dari bidang perubatan jadi seorang motivator, ade yang dari bidang hartanah jadi seorang cikgu, ade gak yang dari bidang engineering jadi seorang penulis buku.

Nak Jadi Kaya

"Kau jadi la doktor. Gaji besar, boleh beli keta mewah, rumah banglo...bla..bla..bla..."

"Daripada kau jadi cikgu, baik kau jadi Engineer. Gaji engineer pun bole tahan gak..."

Dari dulu sampai skang, orang2 kita asyik mengejar kekayaan dan pangkat hingga terpaksa mengorbankan impian dan cita-cita sendiri. "Impian aku nak jadi penulis buku, tapi orang tak pandang sangat." So, kita terpaksa menurut kata pandangan orang berbanding kata hati kita sendiri. Maka wujudlah orang2 yang berpikiran macam aku ni. Selalu menurut suara orang berbanding suara hati sendiri.

Bagi mereka, nak jadi kaya kena jadi orang pangkat besar. Keje tu biar nampak esklusif, baru la orang pandang. Padahal ade je makcik2 yang jual nasik lemak kat tepi jalan tu jadi kaya-raya hasil dari jualan nasik lemak. So term kaya ni bukan hanya dispesifikkan hanya untuk orang2 yang pangkat besar dan 'nama gah'. Kekayaan tu usaha. Even kita jual tempe dari rumah ke rumah pun da bole jadi kaya jika kuat berusaha. Sape yang rajin menuai, dia la yang dapat hasilnya.

Dulu aku penah plan, bila aku masuk U, aku nak belajar betul2 supaya dapat pointer yang power. Lepas da grad, aku nak cari keja bagus dan gaji besar. Awal2 lagi aku da setkan formula ni dalam otak aku..

MASUK UNIVERSITI = GRAD = KEJA BESAR = GAJI BESAR

Padahal kekayaan tak semestinya diperoleh apabila kita berjaya masuk universiti. Tengok la Bill Gates, takde kelulusan universiti pun bole jadi billionnaire. Apa yang dia ada...MINAT, AZAM DAN USAHA. Nak jadi kaya tak semestinya memerlukan segulung ijazah. Tak semestinya kena masuk universiti.

Fikirkan apa yang Prof Khoo Kay Kim ni cakap:

"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce human but robots."-

Namun ape yang berlaku skang, kebanyakkan dari kita nak masuk U sebab nak buat duit. Sebab nak keje pangkat besar. Sebab nak gaji banyak. Sebab nak dapat keje best. Mereka anggap dengan berjaya masuk U, mereka akan generate lebih banyak income. Mentaliti materialistik dilebihkan daripada mencari ilmu dan mengamalkannya.

"Rugilah...Sayanglah....Sia-sia je la....

Aku tak pernah lekang dari ayat2 macam ni. "Nak tuka bidang? Eh, rugilah da belajar bertahun, last2 nak tuka bidang." "Rugilah..duit da banyak spent nak bayar bidang kau ni...". "Sia-sia je la kau belajar bidang tu bertahun2..last2 nak jadi benda len plak".

Ayat2 ni biasa dilontarkan bagi sesiapa yang ingin mencari kelainan. Lain daripada apa yang biasa kita buat. Rugi? Sia-sia? No ..no...bagi aku KNOWLEDGE IS NEVER A WASTE. Memang bila kita fikir2kan balik, "Kalau la aku memang nak bidang A, sepatutnya dari dulu lagi aku masuk bidang A. Bukannya bidang B!"

Tak salah pun belajar ilmu lain selain dari ilmu yang kita ada ni. Jangan pernah ada rasa menyesal dengan belajar ilmu yang kita tak suka. Belajarlah... kumpullah sebanyak ilmu yang ada sebab ilmu ni memang takkan pernah habis! Jika kita belajar ilmu A, tak semestinya kita tak boleh belajar ilmu B. Dan bila da belajar ilmu B, tak semestinya kita akan mensia-siakan dan melupakan ilmu A.

Forget About Making Money. Continue in Making What You LOVE

Teringat masa belajar kat Asasi dulu. Masa tu lecturer bagi asaimen buat animation. Punye la suke gile aku dapat asaimen tu. Dalam ramai2 kawan aku, aku sorang je yang suka wat asaimen ni. Masa buat tu memang tak tido, penat, kelaparan, stress...tapi sume tu tak mematahkan semangat aku untuk buat yang terbaik. Sehinggakan ramai member2 aku serbu bilik mintak tolong aku watkan animation dorang. Walaupun jenuh, tapi aku suka. Dan alhamdulillah, aku dapat A tuk subjek tu. Walaupun happy dapat gred A, tapi sebenarnya tu bukan target aku. Ape yang penting, aku mendapat kepuasan dan kegembiraan masa buat animation tu. (sila klik sini tuk tengok animation aku :D)

Adakalanya kita terlalu mementingkan duit sehingga terpaksa mengenetepikan impian dan cita-cita kita. Kita terlalu mengikut pendapat dan arahan orang lain sehingga menenggelamkan suara hati kita sendiri. Kita adalah diri kita. Mereka adalah diri mereka. Hanya diri kita dan Allah je yang faham diri kita camne. Orang lain takleh nak faham situasi kita dan perasaan kita. So ikut kata hati kita sendiri. Jangan seksa diri hanya untuk orang lain. Think about yourself first. Then you will be happy, inshaAllah.. ^_^


Perancangan

InsyaAllah, aku ingat nak amek kursus buat animation kat Les' Copaque selama 6 bulan. Pastu bleh mintak keje kat situ or kat Animonsta. Hopefully menjadi la plan aku ni. huhuhu.

Pastu nak amek kelas buat kek plak. hoho :P

p/s: bile aku baca balik ayat2 dalam post ni, da macam dalam buku motivasi plak. huhu~



SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN...


Posted 3rd November by E.y.n.a

http://journeytojannah89.blogspot.com/2012/11/tukar-bidang.html

Wednesday, September 26, 2012

Kegagalan boleh menjadi manis

Beberapa hari lepas ada seorang yang mengirim pesan pada saya bahawa ia baru saja membeli buku Mudahkan Jangan Susahkan. Beliau sedang bersedih kerana bisnisnya mengalami kerugian dan pening kerana tak boleh mengembalikan uang pinjaman. Saya doakan semoga beliau diberi kemudahan. Saya ceritakan bahawa di dalam buku Mudahkan Jangan Susahkan ada kisah seorang kawan yang juga gagal dalam bisnis. Perusahaannya bankrap. Hutangnya mencecah 7 miliar rupiah, atau setara dengan 2.3 juta ringgit. Ia sempat didatangi debt collector, dilaporkan kepada polis. Walaupun sangat tertekan, ia menghadapi semua itu. Ia tidak lari dari masalah. Kini ia memulai bisnis lagi dari bawah. Dan beberapa bulan lepas saya tengok secara perlahan ia sudah bangkit semula.


Gagal dalam berusaha memang biasa terjadi. Walaupun ianya menimbulkan kesusahan yang besar, janganlah sampai berputus asa. Yang penting kita boleh belajar dari kegagalan yang dialami. Jangan sudah gagal tak belajar apa-apa pula. Rugi dua kali jadinya.

Kegagalan itu memang pahit. Tetapi ia boleh membantu menciptakan rasa manis. Bukankah selepas mengecap rasa pahit, benda-benda lainnya akan terasa lebih manis?

Semoga buku Mudahkan Jangan Susahkan boleh menghibur beliau yang sedang menghadapi kesusahan dan kegagalan bisnis. Semoga selepas ini beliau boleh bangkit semula dan berjaya.

Wednesday, September 5, 2012

saya malu !

saya seorang yang pemalu !!!!!!!!!!

sebab malu, saya nak jaga diri sebaik mungkin !
sebab malu, saya takut nak berhadapan dengan Allah SWT !
sebab malu dengan amalan yang tak seberapa, saya cuba tingkatkan amal ibadah saya !
sebab usaha saya yang tak seberapa, saya harapkan keajaiban doa sahabat-sahabat semua !
sebab malu dengan ilmu yang kurang, saya cuba cari ilmu sebanyak mungkin
mungkin bukan setakat dalam universiti, tapi juga di dalam kehidupan sehari-hari
sebab malu, saya mula tersedar !
eh, rupanya saya ini bukan sapa-sapa yang hebat di muka bumi ini
saya hanyalah hamba Allah SWT yang serba tak berdaya
bukan tak berdaya melakukan apa saja tapi tak berdaya nak melawan kehendakNya
insyAllah pastinya saya hanya boleh berusaha dalam mencapai tujuan dan matlamat hidup di dunia serta akhirat ~ insyAllah
sebab malu, saya belum berjaya !
disebabkan belum berjaya saya akan berusaha untuk berjaya
dan kejayaan yang sebenar adalah di saat-saat saya berjaya menghadapi segala tekanan,ujian,halangan,rintangan dengan tenang dan juga dengan senyuman ;)
hanya mampu ucapkan Alhamdulillah untuk semua itu
saya malu kenapa orang lain BOLEH sedangkan saya seringkali mengatakan TAK BOLEH !
saya malu kenapa orang lain boleh berjaya tapi diri saya sendiri selalu mengalah sebelum berjuang
saya lagi rasa malu bila selalu bersedih sekarang ni

Allah SWT kan ada untuk kita !
sentiasa ada dengan kita !
kenapa kita tak ingat dengan pencipta kita ?
kenapa kita selalu sombong ?
kenapa itu ?
kenapa ini ?
kenapa kita selalu salahkan situasi,keadaan dan juga manusia sekeliling bila dilanda musibah ?

saya malu sebab selalu stress bila dilanda musibah
sedangkan bila dapat nikmat tak ingat dunia

saya malu bila tersedar semua itu
selalu berharap yang lebih baik tapi diri saya sendiri tak mahu menjadikan diri agar menjadi lebih baik
saya malu kenapa saya selalu membandingkan diri dengan orang lain
seharusnya bersyukur dan berusahalah !
berusaha supaya jadi lebih baik
dengan izin Allah, segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi dan tidak diketahui
saya malu sebab selalu kurang persediaan untuk peperiksaan akhir
jadi untuk itu saya tak patut selamanya malu dengan diri sendiri
saya harus berusaha !!!
ya, perkataan itu selalu sinonim dengan saya

"berapa ramai orang yang gagal dalam hidup bukan kerana mereka tidak mampu,
tetapi kerana mereka tidak mahu mencuba"

(kata-kata dipetik dari buku 'Mudahkan Jangan Susahkan' oleh Syed Alwi Alatas)

mood~habiskan masa-masa bosan dengan 'Mudahkan Jangan Susahkan',siapkan tugasan,projek,dan juga persediaan dari segi mental untuk menghadapi peperiksaan akhir untuk kali keempat di UTHM


correct me if i'm wrong |:dFLYz:|

http://dyahdfly.blogspot.com/2012/05/saya-malu.html

RaInBoW warna warni seperti diriku }

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh..
sihat?
saya doakan sahabat semua sihat selalu, agar kite terus dapat beribadah kepada Allah, dapat menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah atas nikmat sihat ini.. walaupun kite diserang dengan pelbagai sakit, positif n optimis atas segala ujian Allah, insya Allah, Allah akan mudahkan segalanya..
Amiin..

RAINBOW!!
sy mmg minat sgt dengan rainbow, pelangi..
knp?
sbb ianya warna warni..
bg sy ianya menunjukkan satu warna yang ceria..
rainbow kan muncul selepas hujan, jdnye ia seperti mmbawa satu suasana yg ceria dan bile org pandai rainbow, pasti die akan rase seri=onok, setakat ni xjumpe lagi la yang muram :)
cantikkan ciptaan Allah..
jangan lupe sebut Subhanallah.. itu tandanya kita kagum ngan ciptaan Allah..
yA!!
sy mmg seorang yg sgt ceria..
jarang kawan2 sy nampak sy bersedih @ nangis @ muram..
itu mmg sifat sy..
teringat masa zaman sekolah dulu , dulu sy sekolah kat sekolah agama menengah tinggi sultansalahuddin abdul aziz shah, panjang x? pendeknya sek bt 38, oh ye, kat sekolah dulu, mmg ramai cikgu yang kenal ngan sy sebab bukannya sy seorang pengawas yg berdedikasi, seorang yg berdisiplin, tp sy seorang yg ceria dan banyak cakap..
cikgu atikah selalu tegur sy yang saya ni bising, dan die akan cakap
" baizura akan senyap bile die sakit je"
hehe..
betul tu cikgu..
bukan cikgu tika sorang je yang ckap camtu, tapi kawan baik sy pun ckap camtu gak..
athirah ibrahim..
die ulang ayat tu semalam mase kami semua baraan..
paling sy ingat mase form 5, die cakap yang die teringin tengok saya nangis..
walaupun sy ni anak bongsu, tp manja sy xnampak sgt, ramai yang akan cakap sy ni anak sulong or anak yang ketiga n bukan anak bongsu, mungkin sy sorokkan sifat manja sy kot..
hehehe..
tapi sblom sy berpisah dengan tira mase form 6, sy sempat tunaikan hajat dei tuk tgk sy nangis, sangat malu mse tu..
tira, ko ingat x ak nangis time ko nk g matrik..?
ko tau x knp ak nangis?
1- sbb ak kene pisah ngan ko, mse form 6 tu ak xda kawan yg stu kepale ngan ko, ko sellau nasihat kan ak..
2-ak xdapat nk g mne2 walaupun ramai yg puji ak yg ak ni pandai la, result bagus la, mcm2 lagi la, ak sidh time tu, ak rse fed up sgt nk blaja
3- ak kan demam time tu sbb ak bru balik dr kursus kepimpinan, dah tu kene gigit lipan plak tu..
4- sbb ustaz ismail cakap ak da xda kawan nk bergurau, nk kerjakan ko
5- sbb yang btol2 ak trkilan ko nk g matrik, tp xbgtau ak, ko xcakap ngan ak pape pn
tp hadiah ko tu ak masih simpan ag tau..
rase selama 6 tahun kat sekolah situ, tu je la kot sy nangis..

citer pasal rainbow ag..
baru2 ni sy ada habiskan stu buku, tajuknya mudahkan jangan susahkan penulis syed Alwi al-attas dr indonesia bekas pelajar UIA..
penulisannya mudah difahami walaupun dr negara yang berlainan, dan ianye banyak beri pengajaran kepada pembaca..
paling sy ingat, kisah tntg seorang wanita n seorang pakcik yang accident dan wanita tersebut menjangkakan yang pakcik tu akan menuntut gantu rugi, tp tidak sebaliknya die suruh doakan agar die masuk Syurga..
seronok x kalau Allah temukan kita dengan orang baik macam ni..?
sejak tu, sy selalu ingatkan diri agar ikhlaskan hati, dan mintak org doakan syurga atau kita yang doakan org tu Syurga Allah...
tp sy tertarik ngan buku ni sebab covernya ada gula2 rainbow..
ni la bukunya.. cuba tengok lolipop tu.. bile terpandang buku ni sy rase cam ceria dan seronok sangat..

pernah tak tgk lolipop besar camni?
candy lolipop or jumbo lolipop..
sy n family sgt suka makan candy lolipop besar camni..
besenye kami akan beli dekat LCCT or kat petronas,..
makan ramai2, gigit sikit2...
lama2 dah habis da..
tapi sekarang da jarang makan da sebab ada anak buah kecik lagi..

lagi satu, pernah tgk x cter lisa surihani, pap i love you?
lisa kan jual lolipop ni n jambu kat dpan sekolah mia..
die hias gerai comel die tu, mmg sgt la comel..
teringin jugak nak bukak kedai camtu..
tp tggu parent jd org kaye kot, keje tuk penuhi minat je..
hehe..

sbb tu la sy letak background blog ni rainbow, bia nampak ceria sikit..
kalau sy sedih or moody, bleh la ceriakan hati sy,..
:)

http://norbaizurabdullah.blogspot.com/2012/08/rainbow-warna-warni-seperti-diriku.html

Sunday, July 15, 2012

RESENSI BUKU

Judul Buku : Mudahkan Jangan Susahkan
Penulis : Syed Alwi Alatas
Penerbit : Galeri Ilmu Ddn. Bhd
Tebal : 270 halaman

SERING kali setiap orang melakukan kerja-kerja berat yang sejatinya dapat dilakukan dengan mudah. Bahkan, karena sudah menjadi kebiasaan umum, sehingga muncul ungkapan “kalau bisa sulit kenapa dipermudah”?. Barangkali tidak semua orang bermasalah dengan adanya kesusahan, namun adakalanya kesusahan membuat manusia murung, bersedih hati, bahkan tak jarang menimbulkan penyakit fisik.

Tak pelak, penulis mencoba melakukan penyelidikan sederhana dengan menggoogle penyataan “mengapa susah” dan “mengapa mudah”. Ternyata, hasilnya menunjukkan, “mengapa mudah” lebih banyak yakni sekitar 21.1 juta berbanding 15.5 juta hasil pencarian. Dengan demikian, nampaknya manusia memiliki kecenderungan untuk mempermudah semua kegiatannya dan berfikir bahwa hidup semestinya senantiasa mudah. Akan tetapi, sayangnya hakikat hidup tidak demikian adanya.

Menyadari bahwa tidak segala sesuatu berjalan dengan mudah, maka buku ini mencoba memberikan renungan melalui kisah-kisah inspiratif dalam menghadapi kesusahan hidup. Salah satu contoh inspiratif yaitu ketika Emha Ainun Najib, seorang penyair Indonesia, suatu hari pergi ke sebuah kedai. Namun dia heran karena kedai itu tidak ada penjaganya. Seketika si penjaga muncul, Emha menegurnya,”Anda pergi ke mana? Mengapa kedainya tidak dijaga? Kalau saya mencuri bagaimana?” Penjaga itu hanya tersenyum seraya berkata, ”Kalau Anda mencuri di kedai saya, itu bukan masalah saya. Itu masalah Anda dan Tuhan.”

Kisah ini menggambarkan bahwa kita tidak perlu bersikap berlebihan dan akhirnya menimbulkan kesusahan bagi diri sendiri dan orang lain. Hidup ini sudah susah, mengapa harus dijadikan semakin susah dengan banyak memikirkan dan terlalu bimbang? Penulis lantas memberikan kata semangat yang mengandung makna mendalam dan patut kita renungi, yaitu ”Awal kebahagiaan manusia adalah saat dia menyadari bahwa
kehidupan tanpa masalah dan kesusahan merupakan sesuatu yang mustahil dan karenanya kesusahan harus diterima dengan lapang dada.”

Kisah di atas hanyalah satu cuplikan diantara kisah-kisah inspiratif lain yang muncul berdasar dari realitas kehidupan manusia. Buku ini menarik karena secara ringkas dan padat menyediakan berbagai macam pelajaran yang dapat kita jadikan referensi dalam menyikapi problematika hidup kita sehari-hari. Buku ini terbagi menjadi sepuluh bab, yakni pada bab 1 berisi Manusia dan Kesusahan Hidup, Bab 2 tentang Tuhan tidak Ingin Menyusahkan Manusia, Bab 3 adalah Jangan Semua dipandang Mudah, Bab 4 Susah di dalam dan Susah di luar. Enam Bab berikutnya secara berurutan berisi; Hadapilah Kesusahan itu, Belajar dari Sejarah, Apakah ini Menyusahkan? Kemudahan akan Menemui Jalannya, Agar Menjadi Mudah, dan terakhir Mudahkan Diri, Mudahkan orang lain.

Pada akhir buku ini, penulis mengajak segenap pembaca untuk terus mengambil pelajaran dari kesusahan dan kemudahan yang kita alami serta terus “membeli” semangat dalam mengejar kemudahan. Penulis memberikan keyakinan bahwa kesusahan adalah suatu tantangan dan hiburan dalam hidup karena ia dapat mendorong seseorang untuk belajar tabah. Jadi, mengapa kita harus takut dan sedih dalam kesusahan?
Bukankah sabar ditambah senyuman pada akhirnya akan membawa kemudahan? Karena itu, jangan susah. Jadikan ia mudah

Oleh:
Dimas B.W. Kusuma
Dimuat dalam Buletin FOTAR, IIUM

Sunday, June 17, 2012

Membalas kejahatan dengan kebaikan


Ahad, 17 Jun 2012
By: Alfi Mohd

Tentu anda semua pernah terdengar atau ada membaca tentang kisah Rasulullah SAW yang telah ke kota Taif untuk mendapat perlindungan tetapi penduduk di situ mencaci dan mencederakan Baginda dengan balingan batu. Kali ni saya nak kongsikan kisah Baginda yang sungguh mulia ini bagaimana Baginda membalas kejahatan atau hinaan dengan doa Baginda yang akhirnya membawa keberkatan sehingga Baginda wafat. Kisah ini baru sahaja saya refresh dengan membaca buku karya Syed Alwi Alatas, "Mudahkan Jangan Susahkan".

Baginda telah ke Taif untuk berdakwah. Ketika itu Baginda baru sahaja kehilangan isterinya Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Kerana tiada perlindungan di Mekah, maka Rasulullah SAW pergi ke kota Taif dengan harapan para pemuka kota itu boleh menerima Baginda untuk menyampaikan seruannya. Tetapi yang diterima adalah sebaliknya.



Sewaktu Baginda ke sana bersama anak angkatnya, Zaid Bin Haritsah untuk bertemu dengan 3 pemuka kota itu, antaranya Abd Yalail, tidak seorang pun daripada mereka yang sudi menerimannya. Baginda cuba pula berbincang dengan para pemuka kota Taif yang lain namun mereka juga tidak mahu menerimannya. Baginda malah diusir keluar dari kota itu. Dalam perjalanan keluar dari Taif, Baginda dibaling dengan batu dan dicaci maki oleh sekumpulan pemuda dan kanak-kanak. Zaid bin Haritsah berusaha sedaya upaya melindungi Baginda daripada balingan batu-batu namun, balingan batu itu terkena juga pada tubuh Baginda yang mulia sehingga luka dan berdarah.

Mereka hanya berhenti membaling setelah Baginda masuk ke sebuah kebun yang terletak 3 batu dari kota Taif. Di kebun itu Baginda duduk menenangkan diri. Kemudian baginda berdoa dengan doa yang menyentuh kalbu:

" Ya Allah! Sesungguhnya kepadaMu aku mengadukan kelemahan diriku, amat sedikitnya upayaku serta hinanya diriku di hadapan manusia, wahai yang Maha Pengasih di antara para pengasih!

Engkau adalah Tuhan orang-orang yang tertindaas, Engkaulah Tuhanku, kepada siapa lagi Engkau akan menyerahkan diriku? Kepada orang lain yang bermuka masam kepadaku? Atau kepada musuh yang telah menguasai urusanku?

Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli, akan tetapi keampunan yang Engkau anugerahkan adalah lebih luas bagiku.

Aku berlindung dengan perantaraan Nur wajahMu yang menyinari segenap kegelapan dan yang kerananya urusan dunia dan akhirat menjadi baik. Agar Engkau tidak turunkan murkaMu kepadaku atau kebencianMu melanda diriku. Engkaulah yang berhak menegurku hingga Engkau menjadi redha. Tiada daya serta upaya melainkan keranaMu".

Selepas beberapa waktu Baginda berdoa, Baginda didatangi oleh 2 malaikat iaitu Jibrail dan malaikat penjaga gunung. Jibrail memberitahu baginda bahawa Allah telah mengutuskan malaikat penjaga gunung untuk diperintahkan oleh Baginda agar membalas kembali apa yang telah dilakukan oleh penduduk kota Taif. Namun perhatikan apa yang dikatakan oleh Baginda:

"Bahkan aku berharap pada Allah kelak akan lahir dari tulang sulbi mereka kaum yang menyembah Allah semata-mata dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu".

Itulah jawapan Baginda. Baginda telah disakiti dan dilukai. Namun Baginda tetap mendoakan kebaikan untuk mereka.



Dan ada satu lagi kejadian yang melibatkan penduduk kota Taif dengan Baginda iaitu selepas penaklukan kota Mekah pada tahun 8 hijrah. Ada para sahabat meminta agar didoakan dengan doa keburukan kepada penduduk kota Taif ini namun Baginda tidak melakukannya malahan Baginda mendoakan kebaikan. Baginda berdoa:

"Ya Allah, berilah petunjuk kepada orang Tsaqif (Taif) dan bawa mereka datang".

Dan Alhamdulillah, Allah memperkenankan doa Baginda setahun setelah kejadian tersebut. Penduduk Taif mula mahu memeluk Islam dengan keislaman yang baik.

Selepas habis membaca kisah ini, saya berharap Allah dapat memberikan saya secebis daripada kesabaran dan semangat Baginda kepada saya. Aminnn...

http://alfimohd.blogspot.com/2012/06/membalas-kejahatan-dengan-kebaikan.html

Wednesday, June 13, 2012

Mudahkan Jangan Susahkan-Dr Teamint

By: Dr. Teamint

Renungan dan kisah-kisah berinspirasi dalam menghadapi kesusahan

Syed Alwi Alatas

Dalam hidup ini kalau boleh tiada manusia yang gemar kesusahan
tapi kesusahan yang datang dalam hidup kita datang daripada-Nya sebagai ujian untuk kita
sama ada kita menganggap kesusahan itu akan menjadi guru yang baik atau kita kalah dengan kesusahan itu
semuanya bergantung pada reaksi kita

Buku ini terbahagi kepada beberapa bab:

1) Manusia dan kesusahan hidup
2) Tuhan tidak ingin menyusahkan manusia
3) Jangan semua dipandang mudah
4) Susah di dalam sudah di luar
5) Hadapilah kesusahan itu
6) Belajar daripada sejarah
7) Apakah ini menyusahkan?
8) Kemudahan akan menemui jalannya
9) Agar menjadi lebih mudah
10) Mudahkan diri, mudahkan orang lain

Penulis menyelitkan kisah-kisah dalam setiap bab untuk menjadikan buku ini lebih sedap dibaca
kisah-kisah yang diselitkan berkaitan dengan apa yang cuba disampaikan oleh penulis dalam setiap bab

http://seminarbukufilem.blogspot.sg/2012/05/mudahkan-jangan-susahkan.html

Mudahkan Jangan Susahkan

By: Faridah Mohd Ali

Sambil menunggu appointment dan prospek,
aku habiskan buku ni.

Mudahkan Jangan susahkan
oleh Syed Alwi Alatas.
terbitan Galeri Ilmu.

Alhamdulillah, semakin faham perjalanan hidup
dalam mencari reda Ilahi.
Lebih faham perjalanan dan liku2 hidup manusia.
Ada susah dan ada senang.
Ada payah dan ada mudah.
Ada perit dan ada manis.

Semakin terang petunjukMu ya Allah.
Bagi anda, yang sedang susah, payah dan perit, bacalah buku ini.
Bagi anda yang sedang suksess, berjaya, kaya raya dan hebat, bacalah buku ini.
Moga kita terus disinari cahaya iman
buat penyuluh hidup sepanjang zaman
sehingga kita menutup mata.
Moga akhirnya doa kita, matinya kita nanti
dalam keadaan baik diredai Ilahi.
Amin

http://faridahmohdali.blogspot.sg/2012/06/mudahkan-jangan-susahkan.html

Monday, June 11, 2012

Review buku Mudahkan-Najibah


By; Najibah

Pengarang yang pernah muncul dengan bestseller Bila Allah Menduga Kita, sekali lagi muncul dengan buku yang membawa motivasi menyegarkan - dibumbui kisah dan anekdot yang mampu menyuluh pemikiran dan melembutkan hati.

Buku ini menggamit pembaca untuk merenung semula segi-segi yang adakalanya kita terlepas pandang ketika mencari dan mengimpi kemudahan dalam segenap rentetan hidup. Ini kerana naluri manusia sememangnya mencintai kemudahan dan benci kepada kesusahan.

Bab pertama buku ini berjudul Manusia dan Kesusahan Hidup, membawa pembaca merenung mengenai hakikat kesusahan, sesuatu yang perlu kita tempuh sebagai manusia. Hanya dengan kesusahan maka hidup ini mempunyai makna, dan kesusahan itu juga menjadi daya gerak ke hadapan.
Kesusahan jika dilihat dari persepsi berbeza, mampu memberi impak yang berbeza dalam kehidupan seharian. Jadi ia berbalik kepada cara kita memandang sesuatu.

Dalam bab kedua Tuhan Tidak Ingin Menyusahkan Kita, pengarang menambah nilai agama terhadap makna kemudahan dan kesusahan, menjelaskan lagi bagaimana seorang Muslim patut menimbang kedua-duanya. Antara yang menarik adalah kisah Nasruddin Hoja yang mencari barang yang hilang di tempat yang tidak sepatutnya, menjadi sindiran tajam dalam konteks mencari kemudahan biar bertempat.



Bab ketiga Jangan Semua Dipandang Mudah memperteguh lagi isi dalam bab kedua, yang bercerita mengenai kepentingan tidak memandang mudah semua perkara. Ini adalah antara bab yang paling saya suka, kerana seringkali aspek ini yang paling sering terlupakan ketika naluri kita mendamba kemudahan. Adakalanya dosa itu tampak mudah di dunia, tetapi di akhirat menjadikan kita sangat susah.

Selain itu, bab keempat juga memberi sudut pandang yang bernas, mengenai Susah di Dalam Susah di Luar. Di situ ada beza yang nyata, antara kesusahan yang sudah menjadi raja di hati, dengan kesusahan yang kita tangani secara hikmah. Banyak kisah pembuka minda yang boleh direnungkan seperti cerita Cak To, tiga pengembara dan Syaqiq al-Balkhi dengan Ibrahim Adham.

Namun, apabila tangan kesusahan mencengkam kita dengan kuat, pesan pengarang adalah untuk Hadapilah Kesusahan Itu (Bab 5), dengan mencipta kemudahan, berdoa, bertawakal, memanfaatkan imaginasi, serta kekal positif secara praktis dan teori. Cerita Abdul Ghafoor dan Soros memberi gambaran lebih jelas bagaimana orang-orang yang hebat menghadapi kesusahan.

Sudah tentu dalam memperkata kesusahan tidak lengkap jika kisah dakwah Rasulullah s.a.w. yang penuh ujian dan tribulasi tidak dijengah. Dalam bab enam Belajar Daripada Sejarah, kisah-kisah dakwah diperturun semula dalam bahasa mudah dan dari sudut pandang yang menyegarkan. Antara yang mengesankan adalah bagaimana menguasai perasaan di kala kesusahan itu mampu menghalang musibah yang lebih besar yang mungkin terjadi, dan di sini kisah ketewasan Muslimin dalam perang Uhud benar-benar menyentuh. Manakala kisah perang Khandaq menuntut bakaran semangat pada saat-saat paling genting. Sejarah Rasulullah sentiasa mengajar supaya meletakkan Allah dan Rasulullah sebagai penawar segala musibah, menjadikan kedua-duanya pengubat hati orang-orang Mukmin. Kisah Qadi al-Fadhil juga sangat menginsafkan, dengan kecacatannya mampu mengubah rentetan sejarah, dan Salahudin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih sendiri tidak melalui jalan yang mudah dalam menjadi pahlawan ulung Islam. Begitu pula Malcolm X, mengambil contoh dari zaman kini.

Seterusnya bab tujuh Apakah Ini Menyusahkan? menyenaraikan prinsip-prinsip yang harus dipegang bagi sesiapa yang ingin mencari kemudahan hakiki dalam hidup. Mungkin sesetengah prinsip ini susah dilaksanakan, tetapi sebenarnya wajib dimiliki oleh setiap orang. Teristimewa adalah sikap jujur dan mencari yang halal, yang dalam zaman kini sering dianggap suatu kebodohan jika pada permukaannya terlihat merugikan. Padahal di sebaliknya ada kesenangan yang terbentang, penuh keberkatan.

Setelah melalui pelbagai kesusahan dan kesulitan, Kemudahan Akan Menemui Jalannya (Bab 8), dan inilah yang diyakini oleh pengarang serta dimantapkan dalam bab ini. Manis sekali apabila pengarang menyimpulkan bahawa apa yang dipilih Allah untuk seseorang, adalah lebih baik daripada pilihannya sendiri. Meskipun ada pengulangan yang telah disentuh bab-bab di atas tetapi kisah-kisah yang dihidangkan adalah penguat kepada kenyataan-kenyataan terdahulu, menyokong judul yang dibawakan pengarang.

Bab 9, Agar Menjadi Mudah menghidangkan lebih banyak tips dan formula, bagaimana mencapai kemudahan dalam setiap perkara yang diusahakan. Niat yang baik, kemahuan yang kuat, persediaan rapi, usaha yang keras dan sikap hati-hati dapat membantu dalam banyak hal untuk menghindari dan melepasi setiap kesusahan yang bakal datang.

Bab akhir sekali, Mudahkan Diri Mudahkan Orang Lain, mengajak pembaca untuk turut menciptakan kemudahan untuk orang lain, bukan hanya diri sendiri. Secara tidak langsung, kemudahan yang dicipta untuk orang lain itu, nescaya akan membawa kemudahan berganda pula kepada yang mencipta kemudahan itu.

Buku ini sendiri secara keseluruhannya adalah buku yang mudah dihadam, kerana cara penyampaiannya yang bersahaja dan tidak berat, sesuai dengan judul dan konsepnya untuk memotivasikan secara berhikmah. Buku ini sesuai terutama kepada para pelajar yang sedang mendaki tangga pengajian ke peringkat lebih tinggi dan sedang memasuki dunia kerjaya, selain secara umumnya untuk sesiapa sahaja yang mencari kemudahan hidup, tetapi belum berasa puas, atau yang bergelumang dengan kesusahan, dan berasa sangat resah. Mungkin buku ini akan dapat membuka beberapa aspek sudut pandang dan memberi makna baru kepada susah senang kehidupan.

http://www.goodreads.com/book/show/13599846-mudahkan-jangan-susahkan

Monday, May 28, 2012

Mudahkan, Jangan Susahkan - Ummisyarni

By Ummisyarni

Baru habis baca buku Mudahkan Jangan Susahkan by Syed Alwi Alatas. Untuk makluman ini lah satu-satunya buku yang aku berjaya habiskan - baca kulit ke kulit. Kira ok la tu untuk orang yang nak-baca-paper-pon-malas macam aku ni.


Beli sebab tertarik dengan tajuk dan ilustrasi kulit yang comelss...

Bila baca memang sesuai dengan aku yang suka berfikir secara kompleks ni. Tapi selepas baca buku ni aku tertanya-tanya bolehkah aku berubah? Berfikir dan bertindak dengan mudah? Sebab selalunya benda mudah tu takkan terlintas dalam fikiran aku. Huhu...

Semoga cerita-cerita dalam buku ni dapat dijadikan inspirasi dan panduan untuk aku berfikir dan bertindak dengan lebih 'mudah'

http://ch0ch01ic.blogspot.com/2012/05/mudahkan-jangan-susahkan.html

Sunday, May 13, 2012

MUDAHKAN JANGAN SUSAHKAN - SYED ALWI ALATAS

Review by: Mina

Assalamualaikum WBT

Manusia sememangnya menyukai akan kemudahan. Jika ada dua pilihan di hadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu masa pilihan yang mereka ada dianggap sukar untuk dilakukan, maka mereka akan mencari jalan mencipta sesuatu yang baru agar aktiviti mereka menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Mereka tidak menyukai kesusahan dan akan berusaha sedaya upaya untuk menghindarinya.

Buku ini menghidangkan paparan tentang kesusahan dalam hidup dan bagaimana cara untuk menghadapinya. Ia berbicara tentang bagaimana melihat kesusahan dengan pandangan yang mudah serta bagaimana mengubah kesusahan itu agar menjadi kemudahan. Semua orang menyukai kemudahan dan tidak menyukai kesusahan. Tetapi tidak semestinya kesusahan itu dibenci dan membuatkan kita lari daripadanya. Kesusahan merupakan bahagian yang tidak mungkin dipisahkan daripada kehidupan ini. Maka yang perlu kita lakukan adalah kemampuan untuk melihat kesusahan itu secara positif dan kemampuan untuk menghadapinya dengan penuh kesabaran.

Buku ini mengandungi banyak kisah kehidupan manusia yang boleh dijadikan contoh dan perbandingan. Sesusah-susah kehidupan kita, sudah tentu masih ada orang lain yang lebih susah berbanding kita. Terdapat banyak kisah-kisah yang boleh dijadikan iktibar dipaparkan di dalam buku ini. Dalam setiap bab, pasti ada kisah menarik yang dikongsi oleh penulis. Pendek kata, penulis sememangnya menjadikan kisah kehidupan orang lain sebagai intipati penulisan buku ini. Pengalaman dan kisah kehidupan orang lain boleh dijadikan sebagai motivasi dan perbandingan untuk pembaca lebih bersyukur dan tidak mudah berputus asa dengan rahmat Allah swt. Semoga dengan membaca kisah-kisah benar orang lain, pembaca tidak terkurung dalam dunia mereka sendiri dan semoga ianya boleh memberi banyak pengajaran sebagai panduan kepada pembaca.


Pertama kali terpandang tajuk buku ini, hati mula tertarik untuk memiliknya. Setibanya saya di rumah, terus saja saya membedah buku ini kerana mahu mencari apa yang menarik tentang tajuk dan kandungan buku ini. Nampaknya kandungan buku ini sangat menarik kerana penulis telah berjaya menjentik cara berfikir saya. Saya sememangnya tidak gemar jika ada perkara yang mudah tetapi sengaja disusahkan. Sebenarnya di dalam kehidupan seharian kita, banyak berlaku perkara yang sedemikian. Contohnya seperti birokrasi yang berlaku semasa kita berurusan dengan badan-badan tertentu. Urusan yang boleh diselesaikan dalam masa beberapa minit, akan jadi berlanjutan hinga dua tiga hari untuk diselesaikannya. Mengapa tidak memudahkan saja segala urusan itu daripada terus menarik masa untuk menyusahkan orang lain?. Kadang-kala sikap bertangguh juga sangat memudaratkan orang lain. Marilah kita sama-sama mengoreksi diri agar setiap apa saja tindakan yang kita lakukan di dalam kehidupan ini tidak akan menyusahkan orang lain dan jika kita pernah tersasar dalam menyusahkan orang lain, segeralah kita berubah dan memudahkannya. Semoga apabila kita memudahkan urusan orang lain, Allah swt juga pasti akan memudahkan urusan kita.

Terlalu banyak kisah-kisah menarik yang dipaparkan dalam buku ini. Namun, saya hanya ingin menyentuh tentang dua kisah yang pada pendapat saya sangat hebat. Kisah pertama adalah tentang kisah Malcolm X yang merupakan seorang mubaligh Islam dan tokoh pembela hak asasi manusia yang sangat berpengaruh di Amerika Syarikat. Semenjak kecil Malcolm X telah kehilangan ayah dan ibu. Malcolm X dan 7 adik beradiknya telah dibesarkan di rumah anak-anak yatim dan hidup berasingan. Sangat tragis kisah zaman kecil Malcolm X ini. Kerana tekanan hidup sejak dari kecil Malcolm X akhirnya terjebak dengan pelbagai kegiatan jenayah dan akhirnya dipenjarakan.

Semasa berada di penjara, Malcolm X telah menjalani proses rehabilitasi. Malcolm X banyak membaca selama berada di penjara dan menjadikan buku-buku sebagai guru pembimbingnya Malcolm X juga telah bergabung dengan kumpulan debat penjara. Malcolm X mempunyai bakat yang cemerlang dalam berpidato dan mempengaruhi orang ramai. Keluar dari penjara, Malcolm X terus mendalami ajaran Islam dan menunaikan haji ke Mekah. Setelah dia benar-benar memahami ajaran Islam, Malcolm X pulang ke negara asalnya dan mula berdakwah di sana hinggalah ajal menjemputnya.

Begitulah serba sedikit ringkasan kisah Malcolm X yang turut dimuatkan di dalam buku ini. Jika pembaca ingin membaca kisah Malcolm X dengan terperinci, bolehlah mendapatkan buku ini kerana kisah tentang Malcolm X ini sangat panjang dan menarik untuk dijadikan pengajaran buat kita semua. Kisah kedua yang saya rasa tidak kurang menarik adalah kisah seorang lelaki yang bernama Pahutar.

Pahutar tinggal di sebuah ladang di atas pergunungan yang jauh dari kehidupan moden warga kota. Di kawasan ladang itu, Pahutar membina sebuah rumah kayu untuk dia diami. Rumah kayu itu sangat sederhana besarnya. Di ladang itu, Pahutar telah bercucuk tanam berbagai sayur mayur dan beras. Walaupun Pahutar tinggal di kawasan pergunungan dan jauh dari arus kemodenan, namun Pahutar merupakan seorang lelaki yang sentiasa berfikiran positif dan suka membaca. Di rumah kayu yang sederhana itu terdapat buku-buku dan bahan bacaan yang lainnya. Pahutar banyak membaca dan dia merupakan seorang muslim yang selalu berusaha untuk menjadikan agamanya sebagai rujukan dalam menjalani kehidupan seharian.

Hal ini telah terbukti kerana Pahutar sanggup menolak untuk mendapat jawatan yang sudah hampir menjadi miliknya dengan syarat dia perlu menyediakan wang sogokkan. Hal sogokkan rasuah memang sudah menjadi perkara wajar dan perkara ini sangat berleluasa berlaku di badan-badan kerajaan di Indonesia. Demi untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala rasuah itu, Pahutar telah mengambil keputusan untuk mengasingkan diri dari arus yang tidak baik itu dan berpindah ke daerah lain untuk membina penghidupan yang lebih bermakna mengikut syariat Islam. Walaupun serba kurang dari segi material namun Pahutar kaya dengan ketenangan hati dan dia berpendapat mencari yang halal itu adalah wajib manakala perkara yang haram perlu dihindari kerana yang halal itu tidak akan habis sehingga ke hari kiamat. Yang penting kita wajib mencarinya.

Kisah tentang Pahutar ini agak panjang, namun saya cuba meringkaskannya untuk memudahkan pembaca memahami tentang intipati yang termuat di dalam buku ini. Saya cadangkan kepada pembaca untuk membeli dan membaca sendiri buku ini kerana terlalu banyak kisah-kisah menarik yang telah dikongsi oleh penulis. Kebanyakan kisah-kisah yang dipaparkan berkisar di Indonesia kerana penulis berasal dari sana. Wallahualam.


CARILAH PERKARA DAN MAKLUMAT YANG BERMANFAAT KERANA IA AKAN MENDATANGKAN BANYAK KEMUDAHAN. JANGAN MENCARI-CARI HAL YANG TIDAK PERLU DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KEBAIKAN KERANA IA HANYA AKAN MEMBAWA MASALAH BUAT KITA

http://jomsewabuku.blogspot.com/2012/05/mudahkan-jangan-susahkan-syed-alwi.html

Thursday, May 10, 2012

Sedikit Sebanyak: Mudahkan Jangan Susahkan oleh Syed Alwi Alatas

By: Huda Engku

Mudahkan Jangan Susahkan oleh Syed Alwi Alatas

Secara fizikal, buku ini comel dan kelihatan mudah dengan kulit berwarna putih dihiasi gambar gula-gula lolipop yang berwarna-warni. Saya kira, isinya juga mudah difahami, sesuai dengan tajuk yang diberi.

Ternyata benar telahan saya. Isinya mudah dicerna (sekurang-kurangnya oleh minda saya). Hampir keseluruhan poin yang diberi, pembaca disajikan dengan kisah-kisah yang berinspirasi. Yang paling saya gemar, penulis menyelitkan kisah-kisah sekitar hidup beliau sendiri, mengaitkan perkara yang dialami dengan perkara yang dibincangkan, membuktikan penulis menulis tentang perkara yang realistik, bukan sekadar teori semata-mata.


Buku ini dibahagikan kepada sepuluh bab dan di dalam bab-bab tersebut dinyatakan beberapa keadaan susah yang sebenarnya boleh menjadi perkara mudah. Jika dalam diri kita ada mentaliti susah, pasti kita cuma nampak yang susah-susah sahaja, padahal perkara itu bukanlah susah sangat (atau sebenarnya sangat mudah!).

Di sepanjang pembacaan saya setakat ini, banyak perkara yang saya terkena jadi banyak peluang untuk saya berfikir, dan bermuhasabah.

Kerana mudahnya penyampaian buku ini, banyak yang mampu saya cerna dengan baik walaupun ketika menunggu LRT.

Sungguh. Buku ini bagus dan perlu diulang baca untuk mengingatkan diri supaya bermentaliti mudah.

http://bukudansewaktudengannya.blogspot.com/2012/05/sedikit-sebanyak-mudahkan-jangan.html

Mudah. Jangan Susahkan.

By: Abdur Rahman Al-'Azmi

"Senangkanlah (permudahkanlah) dan jangan susahkan dan berilah khabar gembira dan jangan berikan khabar buruk (membuatkan orang lari daripadamu)." (HR Bukhari & Muslim).

Mudahkan. Jangan Susahkan.

Satu ungkapan yang bersandarkan hadith Baginda S.A.W. Namun, ia tidak semudah itu untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, diriku berkesempatan membaca sebuah lagi buku daripada ribuan buku yang ditulis untuk membantu kita mengharungi dan memahami erti kehidupan. Bukunya berjudul "Mudahkan Jangan Susahkan", keluaran Galeri Ilmu, di bawah tema Tarbiah Rohani. Buku ini ditulis oleh Syed Alwi Alatas, seorang penulis yang telah menulis beberapa buah buku termasuk sebuah buku 'best seller' yang berjudul "Bila Allah Menduga Kita", keluaran Mustread. Beliau berasal daripada Indonesia, namun kini menetap di Malaysia dan sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah dan Tamadun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.



Buku berkulit putih ini mengandungi 270 muka surat dan 10 bab; setiap bab mengandungi beberapa sub-topik yang disusun bersesuaian dengan tema setiap bab.
Adakah buku ini menarik dan harus dibaca?

Membaca beberapa helaian pertama dalam buku ini, saya menjangkakan buku ini adalah seperti buku-buku yang pernah saya baca sebelum ini. Kebiasaannya, saya hanya mampu membaca untuk beberapa ketika sahaja, berhenti sebentar kerana kebosanan atau otak sangat berat dalam menghadam isi kandungan buku tersebut, dan barulah boleh menyambung semula bacaan. Kadang-kadang tempoh berhenti itu lama, sehingga memakan masa berminggu-minggu.

Saya merasai kelainan apabila terus membelek helaian buku ini. Ayat yang mudah dan contoh yang pelbagai. Ayat yang mudah menjadikan otak tidak berat untuk menghadam, contoh yang pelbagai menghilangkan rasa bosan apabila membaca.

Buku ini secara umumnya, berkisarkan tentang dua perkataan, susah dan senang dalam kehidupan. Susah dan senang dilihat dari pelbagai sudut dan aspek. Jika senang, bagaimana untuk memanfaatkannya. Jika susah, bagaimana juga untuk memanfaatkannya. Penulis membawakan cerita bagi setiap sub-topik yang disentuh. Di akhir cerita, penulis akan memberi komentar dari sudut pengajaran dan hikmah yang boleh digali dari setiap cerita yang dibawa.

Apa yang membuatkan buku ini sangat menarik adalah dari sudut cerita-cerita yang dibawa. Cerita yang dibawa datangnya dari pelbagai sumber yang menghasilkan perasaan yang berbeza. Adakalanya ketika di tengah-tengah pembacaan, saya rasa amat tersentuh dengan cerita yang dikongsi oleh penulis, adakalanya ceritanya agak lucu, adakalanya diri ini berasa sangat bersyukur atas segala kurniaan-Nya dan adakalanya saya berasa sangat bersemangat. Semuanya kesan dari cerita-cerita yang dibawa oleh penulis yang bersumberkan pengalaman sendiri, pengalaman sahabat dan kenalan penulis, sirah anbiya', sirah Nabi Muhammad S.A.W., kisah sahabat-sahabat Baginda dan para tabi'en, kisah daripada al-Quran dan hadith Nabi S.A.W., dan kisah berinspirasi daripada tokoh-tokoh terdahulu, baik dari dunia Islam mahupun dunia Barat. Kepelbagaian sumber cerita-cerita yang dibawa sebenarnya membawa pembaca kepada fokus yang sama, iaitu mudah, jangan susahkan.

Saya sangat terkesan dengan beberapa kisah yang telah dibawa penulis, antaranya kisah lelaki tua yang menjual Gado-Gado, kisah sahabat Nabi S.A.W. bernama Khabbab b. al-Aratt, kisah dari Surah al-Baqarah, ayat 67-71, pengemis Cak To dan kisah 2 penyair. Kisah Khabbab dan kisah dari surah al-Baqarah adalah antara beberapa kisah yang pernah saya dengar sebelum ini, namun setelah membaca buku ini, ia telah membuka beberapa sudut pandang baru terhadap hikmah 2 peristiwa tersebut.

Buku ini telah membuka minda saya dan memberi sudut pandang yang baru terhadap kehidupan, terutamanya berkaitan dengan susah dan senangnya hidup ini. Buku ini sesuai untuk mereka yang sering diuji dengan kesusahan, sering menikmati kesenangan atau kadang-kadang merasakan diri ini tidak cukup kuat dengan sesetengah ujian yang menimpa. Sesuai untuk dibaca pada semua peringkat umur.

Kita sering terlupa jika berada dalam kesenangan, kita juga sering terlupa bahawa ramai lagi yang susah apabila kita diuji dengan sedikit kesusahan.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja, seraya berkata: "kami telah beriman", sedangakan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui siapa orang-orang yang benar dan mengetahui siapa orang-orang yang dusta" (al-Ankabut;2-3)

Rasullulah S.A.W. pernah berdoa: " Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah, sedangkan yang susah juga dapat Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya" (HR Ibn Hibban).

Mudahkan. Jangan Susahkan.

Semoga mampu menjadikan budaya Iqra' sebagai rutin hidup kita yang utama.

Allahu'alam.


http://abdurrahman-al-azmi.blogspot.com/2012/05/mudah-jangan-susahkan.html

Tuesday, May 8, 2012

Zaaba Talk: Read & Write

By: Huda Engku

I’m at Secret Recipe, waiting for my phone to be fixed at the shop (again!). I feel so out of place without my phone, maybe because I’m so used to writing out thoughts that I’d like to share with others and I usually do that using my phone.

I just got back from Zaaba Talk at House of Zaaba and this time it was about reading and writing. Amin invited Becca, co-founder of ‘Novels for Nepal’ and also Jojo and Aishah (Ucu) of 'Kapasitor'. Becca told us how she started ‘Novels for Nepal’ and what it is about, while Jojo and Aishah briefly shared about ‘Kapasitor’ and the features there.

I think that Becca’s project is wonderful and it reminds me of Baca@Sekolah project where the team set up a library for a school, the latest project done was sometime in March this year. Some of the team members of Baca@Sekolah are writers and they got their fellow writers and also the public to help. Becca’s project is a bit like Baca@Sekolah only hers is done in Nepal.

As for Kapasitor, I am really thankful Jojo and his team keep going with the site or else I won’t be able to ‘show off’ whatever crap I’ve written with those who would appreciate, respect and care enough to comment. Before this I only had the gut to share my poems with my cousin who writes so well. I call him my sifu because he would read and comment whatever that I wrote. So Jojo, DON’T EVER SELL KAPASITOR ESPECIALLY TO THOSE WHO DO NOT HAVE THE PASSION TOWARDS ART AND LITERATURE, THANK YOU VERY MUCH.

They have come up with their own project for the benefit of others and I respect everyone who initiate something good, but then, when is MY turn? It’s not like I have nothing in mind. It’s just that I don’t know where or how to start, especially with my project paper still pending, my mom doesn't seem that keen on what I’m planning to do in the future and I need people to team up with me to make it happen. Sometimes it seems so difficult to make it happen but then from the book ‘Mudahkan, Jangan Susahkan’ by Syed Alwi Alatas, I realized that it is I that made it difficult. I need to start simple and easy and I need throw away that ‘mentaliti susah’.

May Allah make it easier for me.

Ameen.

http://paints-in-life.blogspot.com/

Sunday, May 6, 2012

Ulasan Buku:Mudahkan Jangan Susahkan


Penulis:Syed Alwi Alatas
Terbitan:Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tahun:2012

Review by: Rashidah Razak

Buku ini merupakan buku ketiga Syed Alwi yang saya ladeni selepas Bila Allah Menduga Kita(2010) dan Senyumlah Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu(2011).

Buku ini adalah sebuah karya motivasi Islam yang dipenuhi dengan kisah-kisah benar yang dilalui penulis dan orang terdekat beliau juga kisah tauladan dari sirah,zaman silam dan selainnya.Kesemua kisah tersebut mengandungi tauladan yang tidak terhingga nilainya kerana ia memperingatkan kita tentang kesukaran dan kemudahan.

Ringkasnya saya melihat pengalaman selepas membaca buku ini sangat unik sekali.Ia bagaikan satu sinambungan kepada Senyum.

Buku ini memberi kesedaran supaya kita semua melihat sesuatu perkara itu mudah,walaupun terkadang ada perkara susah dilalui seperti perkara yang baru pertama kali dilakukan,perkara yang tidak suka dilakukan atau perkara yang tidak suka untuk dilakukan atau dilalui jadi, kita perlu belajar meraikan pengalaman-pengalaman baru dalam hidup kita.Lantaran ia akan dapat dilalui dengan lebih mudah.

Sungguhpun demikian,bukan semua perkara boleh kita pandang mudah.Perkara tentang dosa pahala,halal haram bukan perkara yang boleh dibuat main-main atau dipemudahkan-mudahkan.Contoh sudah Allah tetapkan solat Zohor empat rakaat tidak bolehlah kita mudahkan jadi tiga,dua dan sebagainya.Kalaupun menjadi dua rakaat pada keadaan tertentu keadaan yang membolehkan solat qasar.

Ada kalanya,kita mempunya sikap terlalu memikirkan perkara yang belum tentu kita lalui.Terkadang memikirkannya secara berlebihan mendatangkan keburukan kepada kita seperti terlalu risau kalau sakit,kalau rumah dimasuki pencuri,kalau gagal dalam peperiksaaan dan sebagainya sedangkan perkara tersebut belumpun dilalui lagi.Untuk itu kita perlu banyak beristighfar dan menggantungkan tawakal kepada Allah.Lantaran itu kita turut perlu berusaha seperti menjaga kesihatan,mengambil langkah-langkah keselamatan juga berusaha untuk menghadapi peperiksaan berbanding hanya rasa takut tanpa sebarang persediaan atau persiapan.

Sedang kita tidak suka orang menyusahkan kita maka kita juga sama,perlu memudahkan urusan orang lain seperti kita suka orang lain memudahkan urusan kita.Nah!pada detik membaca bahagian ini saya terbayangkan kadang-kadang prosedur yang pelbagai dan karenah birokrasi sangat menyusahkan pelanggan misalnya,namun dari satu sudut yang lain prosedur yang adakala menyusahkan itu ada pula kebaikannya.

Ada masanya dalam kehidupan kita,kita terpaksa melalui kesusahan.Kita perlu lalui kesusahan itu tanpa kompromi.Dalam keadaan-keadaan tertentu Allah menguji kita dengan kesusahan,pasti mereka yang bertabah tidak dipersia-siakan nilai ketabahan mereka itu oleh Allah SWT.Pada saat kita ditimpa sesuatu,mari kita sama-sama tanamkan pertahanan bahawa Allah sedang memilih kita untuk diberi pahala yang berlimpah-ruah.Pada satu ketika yang lain kita diberi dengan kesenangan,bolehkah kita bersyukur?Jadi mungkin ada lebih baiknya kita diuji supaya kita lebih mensyukuri sesuatu yang kita punyai.

Apatah lagi,jika kita bandingkan kesusahan yang kita lalui tidaklah sehebat yang Rasulullah saw lalui.Jika kita difitnah pula,tidaklah sedahsyat fitnah yang dihadapi Nabi Allah Yusuf.Itulah antara cara untuk kita lebih bersyukur tatkala membandingkan kesusahan kita dengan para aulia 'alaihimusolatu wassalam.

Ringkasnya,kesusahan yang Allah berikan pada kita,ternyata bersesuaian dengan kemampuan kita menghadapinya.Yakinlah dengan itu,yakinlah dengan pertolongan Allah.Jika kita pening-peningkan kepalapun,ia tidak mampu mengubah sesuatu yang susah menjadi senang,bahkan mungkin jadi lebih susah lagi.

Amalkan doa supaya Allah tidak menimpakan sesuatu yang diluar kemampuan kita.Dan...cubalah kita renung-renungkan adakalanya kita tidak tersedar kita telah melalui beberapa siri kesedihan dan kedukaan,itulah tanda Allah sedang berkomunikasi dengan kita dan beruntunglah bagi mereka yang mengambil peluang keemasan ini dengan tabah dan redha.

Sebagai penutupnya,mari kita tanamkan dalam diri semangat,aku boleh,dengan bantuan Allah SWT,InsyaAllah semuanya akan jadi senang dan mudah.

http://ulasanbukusrar.blogspot.com/2012/05/ulasan-bukumudahkan-jangan-susahkan.html?spref=fb&fb_source=message

Friday, May 4, 2012

mudahkan jangan susahkan

"mudahkan jangan susahkan"

satu lagi karya terbaru dari Syed Alwi Al-Attas
selepas membaca karya beliau 'Senyumlah walau apa jua masalahmu ia pasti akan berlalu' saya terus tercari-cari karya yang berkualiti sebegitu dan Alhamdulillah dengan berkat dan keizinan Allah SWT, dapat jugak saya memiliki buku 'mudahkan jangan susahkan'.

melalui huraian kisah-kisah teladan masyarakat setempat(masyarakat Indonesia), insyAllah dapat kita mengambil iktibar dan mendapat teladan daripadanya.

antara kisah yang menarik yang ingin dikongsi bersama adalah mengenai kisah seorang juara. beliau adalah lagenda tenis dunia, Arthur Ashe(1943-1993) yang tiba-tiba disahkan menghidap HIV dan seterusnya AIDS. semasa mendapat penyakit tersebut,beliau tabah menghadapi sisa-sia hidupnya dan membantu golongan yang menghidap penyakit ini dengan menubuhkan institusi menggunakan namanya, Arthur Ashe Institute for Urban Health. semasa beliau terlantar sakit di hospital, salah seorang peminatnya bertanya mengapa takdir memilihnya untuk penyakit tersebut. maka jawab beliau
"If I were to say, 'God,why me?' about the bad things, then I should have said, 'God,why me?' about the good things that happened to me in my life."


otak betoi~GREAT !

http://dyahdfly.blogspot.com/2012/04/mudahkan-jangan-susahkan.html

Wednesday, May 2, 2012

Booth Galeri Ilmu PWTC

Program perjumpaan dengan penulis di booth Galeri Ilmu pada hari Selasa, 1 Mei 2012, pk. 14.00-17.00. Alhamdulillah pengunjung sangat ramai dan sangat antusias membeli buku.




Bersama Ust. Zakaria dari galeri ilmu dan Tuan Wan Zayuhisyam, penulis buku 'Suami yang Teruji'.




Bersama Dr. Farhan, suami kepada Ustazah Fatimah Syarha, dan penulis novelet 'Cinta High Class'.




Berbincang bersama Tuan Wan Zayuhisyam dan Ust. Muhadir.

Tuesday, May 1, 2012

Permudahkan Jangan menyukarkan

Posted by zualliz on April 21, 2012

Aku sedang terfikir trademark @ motto blog ni. Bila aku fikir secara mendalam, satu prinsip mudah yang selalu aku pegang dan amalkan dalam hidup; Permudahkan.

Bahkan Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, yang bermaksud; Permudahkan. Jangan menyukarkan.. (hingga ke akhir hadis).

Kemudahan dalam kehidupan

Setiap manusia inginkan yang mudah. Malah, jika terpaksa memilih antara 2 perkara yang perlu dilakukan, pasti dia akan memilih yang lebih mudah antara keduanya. Tiada sesiapa pun yang mahu melakukan sesuatu perkara yang sukar.

Malangnya, lebih ramai yang mahu kerja yang mudah tapi tak kisah dan tak ambil peduli jika kemudahan yang dipilihnya menyukar dan menyulitkan orang lain. Dia mahu kerjanya jadi mudah, biarpun kerja orang lain menjadi sukar.

Antara kerja yang boleh dipermudahkan ialah dalam memohon sesuatu sumbangan, kerja atau sesuatu yang lain dan perlu melalui kerenah birokrasi. Sesuatu permohonan kadang kala memakan masa yang lama, hanya untuk memohon kelulusan orang atasan. Kemudian perlu melalui proses lain untuk memberikan sesuatu yang dipohon.

Cerita paling popular ialah permohonan sedikit sumbangan dari pertubuhan untuk muallaf (saudara baru). Perlu melalui banyak proses, kerenah dan masa yang panjang hingga membuatkan pemohon terus berputus asa. Disebabkan tu juga, banyak muallaf berpatah balik kepada agama lama.

Teringat aku kepada satu artikel dalam sebuah majalah, berkaitan solat Subuh. Si penulis berhenti di sebuah tempat untuk menunaikan solat Subuh, namun surau yang ada hanya dapat memuatkan sedikit orang. Melambatkan lagi apabila si imam tadi berwirid biasa (wirid Subuh yang panjang). Orang yang menunggu di luar berteriak, “Baca wirid pendek-pendek dah la…”.

Apabila habis wirid dan doa, imam tadi berkata kepada si penulis (ketika di luar surau), “Orang zaman sekarang nak semua cepat je.”.

Bila aku baca kisah sebegini, yang bermasalah sebenarnya ialah si imam. Imam sepatutnya hanya membaca wirid yang ringkas atau terus membaca doa selepas solat. Memang disunatkan membaca wirid selepas solat tetapi perlu tengok keadaan juga. Jika terlalu ramai yang menunggu, lakukan yang asas dan paling ringkas. Ia juga menjimatkan masa orang lain.

Ooppsss, bermasalah tu maksudnya (bagi aku) ialah salah kefahaman. Besar bezanya maksud cepat dan mudah. Jika sesuatu kerja boleh dipermudahkan (bergantung kepada keadaan), lakukan yang mudah. Cepat selalunya tergesa-gesa dan kelam-kabut.

Kisah pasal solat ni, aku sendiri pernah mengalami keadaan yang hampir sama. Aku dan kawan aku (3 orang) pergi ke sebuah kompleks membeli-belah.

Apabila tibanya waktu solat, seorang kawan aku menjadi imam. Lepas solat, dia berwirid seperti biasa. Dia berwirid seperti semasa di rumah.

Yang lebih penting pada masa tersebut, tunaikan solat dalam waktunya. Namun perlu juga diberikan keutamaan untuk orang lain menunaikan solat kerana saiz surau yang kecil. Jika terlalu lama berwirid, ia akan membuatkan orang lain menunggu dan membuang masa.

Kenapa aku bercerita semua ini?

Oh ya, aku sendiri pun baru membeli sebuah buku bertajuk ‘Mudahkan. Jangan susahkan’. Semacam mengena dengan motto blog ni.. Beli pula dengan menggunakan Baucar Buku 1 Malaysia.




Aku bercerita semua ni supaya sesiapa pun berusaha mempermudahkan kerja yang boleh dipermudahkan. Jangan menyukarkan atau menyulitkan. Kecuali jika ia adalah tuntutan agama dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi mengikut criteria yang ditetapkan.

Jika ia hanya ciptaan manusia dan kita berkuasa mengubahnya menjadi lebih mudah, permudahkan. Jangan menyukarkan.

http://zuhairzainol.com/?p=70

Saturday, April 21, 2012

MPH Bestseller


Alhamdulillah, buku Mudahkan, Jangan Susahkan masuk dalam senarai bestseller MPH (no. 8), ending 15 April 2012.


Sunday, April 15, 2012

Mudahkan Bestseller

Alhamdulillah, belum satu bulan keluar di pasaran sudah masuk dalam senarai bestseller PilihanPopular (no. 8), 9-15 April 2012. Mudah-mudahan selepas ini jadi bestseller nombor satu untuk masa yang berpanjangan. Minta izin Chef Hanieliza dan Ust. azhar Idrus. :)


Carta Paling Laris - April 2012 ~ ( 09 April 2012 - 15 April 2012 )
by PilihanPopular Wadah Jiwa Bangsa on Monday, April 16, 2012 at 11:22am ·

Paling Laris - BUKAN FIKSYEN

1 1 HARI 1 RESIPI: 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza ( CHEF HANIELIZA ) - PTS Millenia
2 Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa ( Ustaz Azhar Idrus ) - PTS ISLAMIKA
3 Biografi Agung Rasululah Sallallahu Alayhi Wassallam ( RUSYDI RAMLI AL - AL JAUHARI ) - Mustread Addin
4 Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia & Mutiara Untuk Orang Yang Paling Bahagia ( Dr. 'Aidh bin
Abdullah Al - Qarni ) - Al Hidayah Publishers
5 Jumaat Bersama Tok Guru ( Ann Wan Seng ) - Kemilau Publika
6 Ustaz Azhar Idrus : Daie Sejuta Ummat ( Riduan Mohd Nor ) - Jundi Resources
7 Jangan Bersedih & Pesanan Lima Menuju Syurga ( Dr. 'Aidh bin Abdullah Al - Qarni ) - Al Hidayah Publishers
8 Mudahkan Jangan Susahkan ( SYED ALWI ALATAS ) - Galeri Ilmu
9 Ledakan Facebook;Antara Dosa dan Pahala ( Zaharuddin Abdul Rahman ) - PTS Islamika
10 Kerana Allah, Aku Menikahimu ( BURHAN SODIQ ) - Kemilau Publika
11 Solat Nabi Menurut Mazhab Syafie ( MUHADIR BIN HAJI JOLL ) - Mawleed Publishing
12 Ensiklopedia Solat:Kombinasi Fakta Hukum ( Ustaz Rohidzir Rais , Fuad Ismail & Wahid Haniff ) - Telaga Biru
13 Indahnya Cinta & Hubungan Suami Isteri ( Muhammad Raihan ) - Jsamin Publications
14 Sejarah & Kisah Nabi-Nabi Dalam Al-Quran ~ Riwayat Ringkas Rasulullah SAW ( Syeikh Muhammad Mutawalli
Asy-Sya'rawi ) - Jasmin Publications
15 Menilai Persamaan Dalam al-Quran,Hadis & Bible ( AHMAD IQRAM ) - Kemilau Publika
16 Inspirasi Cinta Terhebat - Edisi Eksklusif POPULAR ( Burhan Sodiq ) - Kemilau Publika
17 Bekalan Pengantin ( Mohd. Nur Hasnawi ) - Pustaka Ibnu Katsir
18 Jagalah Allah ..Allah Menjagamu ( Dr. 'Aidh bin Abdullah Al - Qarni ) - Al Hidayah
19 Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar) - Telaga Biru
20 Jangan Bersedih Tersenyumlah Wahai Umat Muhammad ( Syeikh Baltaji bin Ahmad ) - Jasmin Publications

http://www.facebook.com/notes/pilihanpopular-wadah-jiwa-bangsa/carta-paling-laris-april-2012-09-april-2012-15-april-2012-/362256370477781

Sunday, April 8, 2012

Bertukar buku


Bersama Valentino Dinsi, KL, 7 April 2012. Saling menghadiahkan buku. Valentino Dinsi merupakan penulis buku bestseller 'Jangan Mau Seumur Hidup Jadi Orang Gajian' dan pendiri Rumah Wirausaha (http://www.rumahwirausaha.org/).

Surau Kilang Sony


Bedah buku (booktalk) 'Mudahkan, Jangan Susahkan' di Surau Kilang Sony, Hentian Kajang, Bangi, 8 April 2012. Dihadiri oleh tenaga kerja Indonesia yang bekerja di Kilang Sony. Pesertanya perempuan semua, untung istri ikut menemani :). Di luar perkiraan, buku yang dibawa ternyata habis terjual, walaupun berbahasa Melayu. Alhamdulillah.

Ini bedah buku yang pertama untuk buku 'Mudahkan, Jangan Susahkan.' Insya Allah pada akhir April akan ada lagi di USIM. Ada yang lain nak jemput buat bedah buku?


Wednesday, March 28, 2012



Detail Buku:

Tajuk: Mudahkan, Jangan Susahkan: Renungan dan kisah-kisah berinspirasi dalam menghadapi kesusahan
Penulis: Syed Alwi Alatas
Penerbit: Galeri Ilmu (Malaysia)
Tahun terbit: 2012
Harga: RM 21 (Sem. Malaysia), RM 23 (Sabah/ Sarawak)

Insya Allah buku yang mudah dibaca, bermanfaat, dan boleh memberi kemudahan pada jiwa dan minda pembaca.

Hadiahkan juga buku ini kepada teman-teman dan saudara, khususnya yang sedang mengalami kesusahan.

Boleh pula hadiahkan kepada bos atau guru, agar selepas membacanya boleh lebih banyak memberi kemudahan dalam bekerja dan belajar. :)

Tuesday, March 6, 2012

Mudahkan Jangan Susahkan

Tajuk: Mudahkan Jangan Susahkan

Penulis: Syed Alwi Alatas

Penerbit: Galeri Ilmu

Back cover


Manusia! Mereka menyukai kemudahan. Jika ada dua pilihan di hadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu masa pilihan yang mereka ada dianggap sukar untuk dilakukan, maka mereka akan mencari jalan, mencipta sesuatu agar aktiviti mereka menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Mereka tiada menyukai kesusahan dan berusaha menghindarinya.

-------

Saya terus terbayang-bayang wajah sayu lelaki tua itu ketika saya memakan gado-gadonya. Saya memakan gado-gado itu dan terus memakannya dengan penuh berselera. Wajah lelaki tua itu terus terbayang. Senyumannya yang nyaris-nyaris tidak kelihatan sudah cukup untuk menyingkirkan perlahan kerut kerut di wajahnya sebagai pembuka jalan bagi sinar matahari senja memantul selepas menyinari kebahagiaan kepada alam di sekelilingnya. Bayang-bayang tangannya yang menggeletar tetapi ikhlas itu menyedarkan saya betapa kuasa keikhlasannya telah menjadi penyedap yang luar biasa bagi gado-gado yang dihasilkannya.

Saya terus makan gado-gado itu hingga habis tidak bersisa. Saya terpegun untuk beberapa saat sambil menatap pinggan yang sudah kosong. Kini saya sedar sepenuhnya. Saya betulbetul tidak mampu untuk menolak suatu hakikat ini; itulah gado-gado paling lazat yang pernah saya makan seumur hidup saya!

Sewaktu melihat besarnya kesusahan yang dialami orang lain, kita mungkin akan terkejut apabila menyedari betapa banyaknya kemudahan yang kita miliki dalam hidup ini. Tetapi kita masih suka mengeluh dan terlupa untuk bersyukur.
Buku 'Mudahkan' pada saat ini (6 March 2012) belum lagi keluar di pasaran Malaysia. Tapi insya Allah buku keluaran Galeri Ilmu ini akan segera terbit dan boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.