Wednesday, March 28, 2012



Detail Buku:

Tajuk: Mudahkan, Jangan Susahkan: Renungan dan kisah-kisah berinspirasi dalam menghadapi kesusahan
Penulis: Syed Alwi Alatas
Penerbit: Galeri Ilmu (Malaysia)
Tahun terbit: 2012
Harga: RM 21 (Sem. Malaysia), RM 23 (Sabah/ Sarawak)

Insya Allah buku yang mudah dibaca, bermanfaat, dan boleh memberi kemudahan pada jiwa dan minda pembaca.

Hadiahkan juga buku ini kepada teman-teman dan saudara, khususnya yang sedang mengalami kesusahan.

Boleh pula hadiahkan kepada bos atau guru, agar selepas membacanya boleh lebih banyak memberi kemudahan dalam bekerja dan belajar. :)

Tuesday, March 6, 2012

Mudahkan Jangan Susahkan

Tajuk: Mudahkan Jangan Susahkan

Penulis: Syed Alwi Alatas

Penerbit: Galeri Ilmu

Back cover


Manusia! Mereka menyukai kemudahan. Jika ada dua pilihan di hadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu masa pilihan yang mereka ada dianggap sukar untuk dilakukan, maka mereka akan mencari jalan, mencipta sesuatu agar aktiviti mereka menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Mereka tiada menyukai kesusahan dan berusaha menghindarinya.

-------

Saya terus terbayang-bayang wajah sayu lelaki tua itu ketika saya memakan gado-gadonya. Saya memakan gado-gado itu dan terus memakannya dengan penuh berselera. Wajah lelaki tua itu terus terbayang. Senyumannya yang nyaris-nyaris tidak kelihatan sudah cukup untuk menyingkirkan perlahan kerut kerut di wajahnya sebagai pembuka jalan bagi sinar matahari senja memantul selepas menyinari kebahagiaan kepada alam di sekelilingnya. Bayang-bayang tangannya yang menggeletar tetapi ikhlas itu menyedarkan saya betapa kuasa keikhlasannya telah menjadi penyedap yang luar biasa bagi gado-gado yang dihasilkannya.

Saya terus makan gado-gado itu hingga habis tidak bersisa. Saya terpegun untuk beberapa saat sambil menatap pinggan yang sudah kosong. Kini saya sedar sepenuhnya. Saya betulbetul tidak mampu untuk menolak suatu hakikat ini; itulah gado-gado paling lazat yang pernah saya makan seumur hidup saya!

Sewaktu melihat besarnya kesusahan yang dialami orang lain, kita mungkin akan terkejut apabila menyedari betapa banyaknya kemudahan yang kita miliki dalam hidup ini. Tetapi kita masih suka mengeluh dan terlupa untuk bersyukur.
Buku 'Mudahkan' pada saat ini (6 March 2012) belum lagi keluar di pasaran Malaysia. Tapi insya Allah buku keluaran Galeri Ilmu ini akan segera terbit dan boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.