Thursday, January 10, 2013

Buku Mudahkan dan pembaca non-Muslim

Saat berbincang dengan teman-teman di Galeri Ilmu, ada yang bagi maklumat tentang buku ‘Mudahkan, Jangan Susahkan’. Khabarnya buku ini bukan hanya dibeli oleh pembaca Muslim, tetapi ada juga selain Muslim yang membelinya, walaupun tak ramai. Rupanya buku ‘Mudahkan’ diminati dan boleh diterima oleh ramai pembaca.

Beberapa waktu lepas saya juga menerima sebuah comment dari seorang pembaca buku ini di Malaysia. Ia mengatakan, “Muhasabah diri saya sendiri apabila saya membaca salah satu cerita dalam buku tersebut, tersentuh hati dan hampir menitiskan airmata.” Ketika saya tengok profile-nya, ternyata ia beragama Kristian.

‘Mudahkan, Jangan Susahkan’ memang ditulis berdasarkan pengalaman ramai orang dan sebahagian besarnya bersifat umum, boleh dibaca oleh pembaca dari bermacam latar belakang.

Alhamdulillah masih ramai yang mencari dan membelinya. Ia termasuk dalam list buku-buku best seller MPH bookstore di Midvalley KL, tarikh 5 Januari 2013 (http://www.nst.com.my/life-times/live/well-lit-best-sellers-1.196086). Semoga menjadi buku yang selalu memberi kemudahan dan manfaat kepada ramai pembaca.

No comments:

Post a Comment